PAPA memang terkejut apabila mendapat tahu pelakon yang cukup Papa minati ini akan kembali ke imej lamanya iaitu bertudung.
Yelah, sewaktu perkahwinan pertamanya dulu, dia memang cukup manis bertudung dan sanggup berhenti berlakon kerana mahu menumpukan kepada keluarga serta hanya mahu terlibat dengan kerja di belakang tabir.
Tetapi selepas bercerai, tudungnya itu pun sudah terbang jauh entah ke mana dan kembali dengan imej yang agak elegan namun masih terkawal dan tidak seksi.
Kini dia kembali untuk mengenakan tudung gara-gara perkahwinan yang dirancangnya tidak akan menjadi kenyataan.
Apa puncanya, Papa tidak berapa pasti tetapi apa yang Papa dengar, keluarga kekasihnya tidak mahu bermenantukan seorang artis. Lebih-lebih lagi apabila dia memegang status janda.
Kekasihnya itu sebenarnya bukanlah orang sembarangan. Berpangkat tinggi dan berkedudukan jugalah.
Jadi, apabila pelakon ini mendapat tahu hubungannya ditentang, hatinya hancur luluh dan khabarnya, dia begitu berduka.
Disebabkan itu, dia tekad untuk tidak lagi menjalinkan hubungan dengan mana-mana lelaki dan mahu kembali ke imej asalnya.
Mmmm...Papa tidak mahu komen panjang kerana tepuk dada, tanyalah selera. Papa percaya pelakon ini pun sudah terlalu matang untuk memikirkan soal hukum hakam.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: