Chaq |
SEDIH juga Cik Normah dengar cerita mengenai Juara Akademi Fantasia musim keenam, Stacy dan abangnya, Chaq yang baru saja kehilangan bapa saudara tersayang kira-kira dua minggu lalu. Paling kasihan pada Chaq yang ketika itu sedang berhempas pulas melakukan persediaan konsert penentuan ke separuh akhir bagi Mentor kumpulan A pada 13 Jun lalu.
Bapa saudara mereka meninggal dunia beberapa hari sebelum konsert itu dan pada hari konsert terbabit juga mendiang dikebumikan. Cik Normah dapat tahu dalam keterujaan Chaq menunjukkan semangat untuk ke separuh akhir, dia sebenarnya terlalu sedih kerana tidak dapat melakukan penghormatan terakhir.
Bagaimanapun, Cik Normah difahamkan produksi Mentor 3 masih memberi kelonggaran kepada Chaq untuk pulang ke Kota Kinabalu untuk bersama keluarganya yang sedang meratapi pemergian bapa saudaranya. Kira sempat juga Chaq melepaskan rasa rindu dan kesedihannya ketika itu.
Sudah namanya rezeki, semangat dan kesungguhan Chaq akhirnya berbayar kerana mara ke separuh akhir biarpun dia sebenarnya berada di dalam kepiluan yang amat sangat. Cik Normah puji sikap Chaq yang tidak menunjukkan langsung rasa kesedihan pada malam konsert berlangsung. Semoga Chaq terus sukses.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: