WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Bakal Presiden ke-45 Amerika Syarikat (AS), Donald Trump merancang untuk segera mengusir atau memenjarakan kira-kira tiga juta pendatang tanpa izin di negara itu menerusi wawancara pertamanya di stesen TV, CBS sejak kemenangan mengejut beliau menewaskan Hillary Clinton, Rabu lalu.
"Apa yang akan kita lakukan adalah untuk mengumpulkan pendatang tanpa izin yang ada rekod jenayah, anggota geng, pengedar dadah yang mungkin mencecah dua atau tiga juta orang.
"Mereka kemudiannya akan dihantar pulang atau dipenjarakan," katanya dalam rancangan 60 Minutes tersebut.
Pakar menganggarkan terdapat 11 juta pendatang asing tanpa izin di negara tersebut dan kebanyakannya adalah dari Amerika Tengah serta Selatan.
Susulan itu, beliau kekal memegang janjinya membina tembok di sempadan Mexico yang akan dipasang pagar.
Selain itu, jutawan hartanah terbabit memberi isyarat tidak akan membatalkan perkahwinan sejenis, mempertahankan hak pemilikan senjata api dan menyokong sekatan terhadap pengguguran. Dalam satu kenyataan, Trump turut menyatakan beliau akan melepaskan gaji AS$400,000 (RM1.7 juta) sebagai presiden AS sebaliknya hanya akan mengambil AS$1 (RM4.30) setahun.
Difahamkan, insiden gangguan dan ugutan terhadap kumpulan minoriti di AS juga meningkat sejak pilihan raya berakhir selain protes membantah kemenangannya berlarutan hingga kini.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: