BENTONG - Durian kunyit atau lebih dikenali sebagai Musang King sangat sinonim dengan daerah ini.
Maka tidak hairanlah, peniaga raja buah ini membina replika durian sebagai identiti sekali gus menjadi daya tarik orang ramai ke sini.
Bagaimanapun, ketika musim panas ini, ia memberi cabaran kepada peniaga kerana durian tidak akan berbuah.
Penghulu Mukim Bentong Satu, Md Noor A Rahman berkata, setakat ini pengunjung yang datang masih boleh mendapatkan Musang King.
Menurutnya, Musang King berbuah bergantung kepada beberapa faktor.
“Kalau musim panas hasilnya pasti kurang kerana durian kalau panas, ia kurang berbuah.
"Namun, jangan risau, durian sentiasa ada di sini kerana peniaga ada strategi untuk memastikan Musang King sentiasa ada walaupun bukan pada musim buah,” katanya kepada Sinar Harian.
Md Noor berkata, bagi mengekalkan produk ini sentiasa ada di Bentong, pihak berkaitan turut memainkan peranan dalam menjaga kualiti Musang King dan mempromosikannya kepada pengunjung.
Menurutnya, pelarasan harga memainkan peranan penting kerana jika harga tidak dikawal, maka pengunjung pasti tidak akan datang lagi ke daerah ini untuk menikmati durian kunyit.
“Kalau peniaga letak harga mahal, pengunjung tidak mampu nak beli. Maka, mereka tidak akan datang beli Musang King di sini.
“Selain promosi yang dilakukan media dan pelbagai pihak, kini pengusaha Musang King sudah mula bertambah dan pelbagai cara mereka lakukan untuk menarik pengunjung datang dan singgah merasa durian ini,” katanya.
Beliau berkata, kebersihan kedai juga perlu dititikberatkan bagi menjaga nama baik daerah ini.
Menurutnya, banyak lagi rancangan untuk mengetengahkan industri pelancongan di daerah itu seperti menyediakan pusat informasi pelancong untuk memberikan maklumat kepada pelancong tentang keenakan durian kunyit.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: