SEBELUM ini, konsep 3 dalam 1 popular terutama untuk produk minuman yang menggabungkan beberapa jenis bahan dalam satu minuman dan sedia diminum.
Kini, buat pertama kali di negara ini, produk berasaskan daun herba juga digabungkan dan diekstrak menjadi serbuk untuk sedia dibancuh serta terus diminum dengan konsep 3 dalam 1.
Daun herba seperti belalai gajah dan rerama jika direbus dan diminum begitu sahaja pastinya memberikan rasa pahit pekat, di mana ada antara masyarakat tidak menyukainya.
Namun dengan inovasi terkini, masyarakat masih boleh mendapat khasiat daripada daun herba tersebut yang dijadikan uncang teh agar mudah untuk diminum dinamakan Teh Erva.
Pengasasnya, Bahagia Daharun berkata, Erva adalah minuman yang berkhasiat secara semula jadi, di mana campuran daun rerama dan daun belalai gajah.
“Dengan gabungan dua daun ini, khasiat Erva tidak boleh dipertikaikan, ditambah campuran daun stevia memberikan sedikit kemanisan kepada minuman Erva itu,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Menurut Bahagia atau lebih dikenali Baggio, Erva merupakan produk herba pertama menggunakan konsep 3 dalam 1 di negara ini.
“Sebelum ini memang banyak produk herba lain yang dijadikan produk kesihatan, namun belum ada lagi gabungan daun herba diekstrak menjadi uncang teh agar mudah diminum.
“Secara tidak langsung, idea tersebut memberi kemudahan kepada pengguna untuk menikmati khasiat daun tersebut tanpa merasa pahitnya,” katanya.
Mengamalkan sendiri
Tambahnya, terhasilnya Teh Erva adalah bagi memudahkan orang ramai untuk menikmati minuman herba tersebut tanpa ada rasa kurang enak pada minuman itu.
“Pengalaman saya sendiri yang gemarkan minum herba jika minum terus air rebusan daun herba itu memang pahit.
“Terutama daun belalai gajah dan rerama kerana dahulu saya ada masalah gout dan buasir.
“Apabila saya mengamalkan pengambilan air rebusan daun rerama, saya dapati masalah buasir yang saya hidapi semakin berkurang. Sejak itu saya terfikir untuk berkongsi dengan orang lain,” katanya.
Sejak itu, proses pembangunan dan penyelidikan (R&D) terhadap daun rerama serta beberapa herba lain termasuk daun belalai gajah dan stevia dijalankan untuk diketengahkan sebagai minuman teh.
Menurutnya, empat bulan produk Erva berada di pasaran dengan testimoni yang kebanyakannya memberikan maklum balas positif terhadap Erva.
“Alhamdulillah sejak dipasarkan melalui ejen-ejen, ada testimoni yang berpuas hati dengan produk ini.
“Malah ada testimoni daripada seorang pelajar yang mempunyai masalah kanser tulang, kembali bertenaga dan ceria menjalani aktiviti harian apabila mengamalkan Erva,” katanya.
Membudayakan minum herba
Baggio berkata, matlamatnya menghasilkan Erva bukan mahukan keuntungan, namun lebih kepada memberi bimbingan kepada masyarakat mengenai khasiat herba.
“Sememangnya bagi orang berniaga, keuntungan itu penting dan selalunya ada sasaran mahu dicapai, tetapi buat masa ini, saya lebih mahu membimbing masyarakat untuk membudayakan meminum minuman herba.
“Penghasilan produk seperti ini boleh mendidik orang ramai untuk mengamalkan herba-herba tempatan dengan cara mudah kerana persepsi masyarakat terhadap herba masih di tahap rendah. Ada yang menganggapnya sebagai ubat yang menyebabkan ramai takut untuk mencuba,” katanya.
Oleh itu katanya, pengguna yang mengamalkan Erva itu, boleh merasai perubahan kesihatan kepada tubuh badan mereka dalam tempoh tiga bulan pertama dan ada yang lebih awal bergantung ke atas tindak balas badan masing-masing.
“Saya cadangkan sebaiknya amalkan pengambilan Erva secara rutin iaitu dua kali sehari pada waktu malam sebelum tidur dan waktu pagi sebelum sarapan.
“Pengambilan pada waktu itu dilihat sesuai kerana minuman ini dapat membantu membuang toksin dalam badan,” katanya.
Tambahnya, sekotak Teh Erva boleh bertahan selama 25 hari yang mengandungi 15 uncang teh berharga RM149.90 sahaja.
“Sekarang kami sedang adakan promosi untuk produk ini, justeru siapa ingin mendapatkan harga promosi itu boleh hubungi kami segera.
“Kami juga sedang mencari ejen atau stokis untuk memasarkan produk ini. Jika ada yang berminat boleh menghubungi talian 017-2953856 atau melayari laman Facebook, ErvaTea,” katanya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: