SELEPAS menjayakan Konsert #hujan10tahun yang berlangsung Oktober tahun lalu, kini kumpulan indie yang cukup berpengaruh, Hujan tampil buah tangan terbaharu, Jika Sempat.
Kali terakhir mengeluarkan album penuh pada 2012, Hujan kali ini mengetengahkan karya lebih matang dan apa yang istimewanya, mereka mengetengahkan nostalgia sebagai inspirasi utama dalam penghasilannya.
Disebabkan itu juga, Hujan dengan kerjasama Hotlink membuat keputusan untuk melancarkan album kelima ini secara eksklusif melalui medium digital, Spotify.
Menjelaskan perkara itu, vokalisnya, Noh Salleh memberitahu, penggunaan medium digital diambil Hujan dalam menyebarkan muzik sejak awal kemunculan lagi.
“Sebenarnya ramai yang tidak mengetahui bagaimana Hujan menyebarkan muzik menerusi medium digital dan secara atas talian sejak 2005 di awal pembabitan kami dalam bidang muzik.
“Untuk album kali ini, kami mahu lakukan semula sebagaimana perjalanan awal kami memperjuangkan muzik Hujan.
“Lagi pun, bagi kami selain menghiburkan peminat, Hujan juga berperanan mendidik masyarakat untuk lebih terbuka dalam penggunaan medium atas talian.
“Bagaimanapun, kami tetap akan mengeluarkan album secara fizikal dan ia dirancang selepas sebulan album ini dilancarkan di Spotify,” ujarnya ketika majlis pelancaran album Jika Sempat, baru-baru ini.
Mengulas lebih lanjut, AG Coco sebagai pemain gitar yang juga selaku penerbit album tersebut mengakui pengalaman dalam bidang muzik banyak membantunya menghasilkan album ini dengan baik.
“Alhamdulillah, ini album paling cepat disiapkan kerana kami hanya ambil masa tiga hari untuk merakamkan keseluruhan muziknya.
“Pengalaman menerbitkan beberapa album lain sebenarnya banyak membantu dan memudahkan saya untuk hasilkan album ini.
“Biarpun kini lebih ramai artis yang memilih untuk mengeluarkan single, kami masih memilih untuk mengeluarkan album kerana bagi kami ia melambangkan perjalanan naskhah dalam perjalanan Hujan.
Menurut AG lagi, album ini istimewa buat Hujan apabila salah satu lagu yang dimuatkan telah menjalani proses ‘mastering’ di studio terkemuka dunia, Sterling Sound di New York.
“Kami meletakkan harapan tinggi terhadap lagu Jika Sempat dan kenapa tidak kami buat yang terbaik untuknya.
“Insya-ALLAH, jika ada rezeki pada masa akan datang, kami mahu lakukan proses yang sama untuk album penuh.
“Selain itu apa yang saya suka mengenai album ini adalah dari segi nyanyian Noh yang lebih matang dan lebih serius. Kali ini komitmen yang diberikannya sangat baik jika dibandingkan dengan yang terdahulu,” katanya sambil tertawa kecil.
Rakam dua lagu baharu
Selain dilancarkan menerusi Spotify, album yang mengandungi 12 lagu ini hanya menyelitkan dua lagu baharu dan selebihnya adalah lagu lama yang dirakamkan semula.
“Sebenarnya kami rindu zaman dahulu yang kami. Sebab itu kami buat keputusan untuk kembalikan semula nostalgia dengan lagu-lagu lama ini kerana ia melambangkan perjalanan Hujan.
“Kesemua lagu lama itu kami ubah semula susunan muziknya untuk menjadikannya lebih segar dan kami pasti peminat setia akan menyukainya.
“Kalau ikutkan, Hujan tidak pernah memikirkan peminat untuk hasilkan sesuatu karya kerana kami memang band yang ‘syok sendiri’. Kami bermain muzik untuk kepuasan sendiri dan memiliki peminat adalah satu bonus buat kami,” katanya.
Selain Jika Sempat, lagu lain dalam album ini Biarkan Saja, Karekter Tentangan, Papa Mama, Jangan Lupakan Aku, Sendiri, Kamar Sepi, Miri, Berlari dan Mati dan Aku Janji serta dua lagu baharu, Pemicu Gila dan Kau.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: