GUA MUSANG - Perhimpunan pagi Sekolah Kebangsaan (SK) Chiku 3, tergendala apabila seorang murid Tahun Tiga menemui seekor ular senduk di belakang kantin, di sini.
Pengawal keselamatan sekolah, Mohd Sukri Tahir, 52, segera ke lokasi berkenaan setelah dimaklumkan oleh guru murid terbabit dan membunuh reptilia berkenaan.
"Saya dimaklumkan guru bahawa ular berkenaan ada di belakang kantin. Namun, tidak lama kemudian ular itu menyusur masuk ke bawah kenderaan guru di kuarters yang berada 200 meter dari kelas.
"Saya segera memukul kepala ular itu dengan penyapu sehingga mati. Ini adalah kali pertama kawasan sekolah dimasuki ular," katanya ketika ditemui.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: