Wednesday, April 27, 2016

Zac Efron, Sami Miro Berpisah Selepas Dua Tahun Bercinta




Zac Efron dan Sami Miro berpisah selepas dua tahun menjalinkan hubungan cinta.
PELAKON Zac Efron dan teman wanitanya Sami Miro dilaporkan telah berpisah selepas dua tahun menjalinkan hubungan cinta.

People melaporkan Zac, 28, telah memadam kesemua gambar-gambar bersama wanita itu selain berhenti mengikuti akauan Instagram dan Twitter Sami.

Bagaimanapun Sami dilihat masih mengikuti laman sosial Zac.

Dalam pada itu, Zac kini sedang sibuk dengan penggambaran filem Baywatch di Tybee Island, Georgia dilaporkan pulang ke Los Angeles minggu lalu bagi bertemu Sami.

Pasangan itu kali terakhir dilihat bersama pada 11 April lalu sebelum menghadiri sebuah konsert tanpa kehadiran Zac.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: