Biarpun sedang menjalani proses perceraian di mahkamah, namun pasangan ini dilaporkan masih memperbaiki hubungan rumah tangga yang dibina pada 2010 itu.
Seperti dilapor People, pasangan tersebut kini sedang bercuti di Hawaii dan menginap di sebuah hotel mewah yang menjadi tempat perkahwinan mereka lalu.
"Mereka sedang bercuti bersama anak-anak di tempat kegemaran mereka. Tempat itu menyimpan pelbagai kenangan tentang saat-saat manis mereka bersama," ujar sumber.
"Mereka sedang mempertimbangkan tentang keputusan untuk bercerai itu, mereka juga tidak mahu anak-anak menjadi mangsa perceraian," ujar sumber lagi.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: