Monday, April 25, 2016

APO2016: Selebriti Paling Glamor Rebut Wang Tunai Di Karpet Ungu




Ismail Yusof menunjukkan contoh jemputan untuk menghadiri malam kemuncak Anugerah Pilihan Online 2016 (APO2016) yang akan berlangsung di Auditorium Perdana, Angkasapuri, Kuala Lumpura pada Sabtu ini.
PETALING JAYA: Malam kemuncak Anugerah Pilihan Online (APO2016) pada Sabtu ini bakal meriah apabila selebriti paling bergaya akan dipilih untuk merebut hadiah berupa wang tunai pada acara karpet ungu (purple carpet).
Dua hadiah yang bakal diberikan ialah Fesyen Glam Terhebat Lelaki dan Fesyen Glam Terhebat Wanita yang ditaja oleh Ismail Yusof, iaitu pemilik syarikat Doktor Kereta dari Singapura.

Kedua-dua pemenang masing-masing akan menerima hadiah berupa wang tunai sebanyak RM1,888.

Ismail berkata, pemenang lelaki dan wanita akan dinilai berdasarkan fesyen yang digayakan pada malam kemuncak itu sama ada ia mengikut tema Glam Dgital atau tidak seperti ditetapkan pihak penganjur.

“Saya percaya, para selebriti akan tampil dengan imej yang menawan pada acara itu tetapi hanya dua orang sahaja akan dipilih untuk memenangi wang tunai yang disediakan,” katanya.
mStar Default Image
Ella dijangka menghangatkan malam kemuncak APO2016 pada cara penutup.
Selain wang tunai, pemenang juga bakal menerima trofi khas sumbangan pihak penganjur.
Dalam pada itu ditanya kenapa beliau memilih angka 1,888 untuk hadiah berkenaan Ismail berkata, angka itu mengikut kepercayaan orang Cina ialah membawa tuah.

Katanya, jika artis yang berpakaian paling glamor pada malam itu memenanginya, mereka mungkin akan menerima tuah dalam kerjaya masing-masing dan  syarikatnya juga akan sukses.

Dua juri profesional yang dilantik oleh pihak pengajur akan memainkan peranan untuk menilai selebriti manakah yang paling bergaya pada acara karpet ungu yang akan berlangsung pada pukul 8 malam iaitu sejam sebelum siaran langsung APO2016 bermula.

“Selebriti yang layak untuk memenangi hadiah tersebut tidak  terhad kepada finalis APO2016 sahaja sebaliknya artis lain yang hadir sebagai tetamu jemputan juga layak mendapat hadiah ini,” katanya.

APO2016 dianjurkan bersama mStar Online dan Suria FM dan dihebatkan oleh Dnars sebagai penaja utama.

Sebanyak 18 kategori diperkenalkan termasuklah satu kategori utama iaitu Personaliti Terunggul APO2016.

Ia bakal disiarkan di saluran TV2  pada pukul 9 malam.

Antara artis yang bakal membuat persembahan ialah Dayang Nurfaizah, Hazama, Ella, Amar Baharin, Adi Putra, One Nation Emcee, Syamil (AF 2015),  Altimet, Caliph Buskers, Sandra, Ronnie dan Iwere.

Tidak dilupakan persembahan tribute untuk Allahyarham Datuk Adnan Abu Hassan yang meninggal dunia pada 18 Mac lalu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: