JERANTUT - Fenomena El-Nino bukan sahaja memberi kesan kepada aktiviti harian penduduk, malah turut memberi impak kenaikan mendadak harga ikan Sungai Tembeling, di daerah ini.
Tinjauan dalam kalangan nelayan sungai di Taman Negara Kuala Tahan dan Hulu Tembeling mendapati spesies kelah merah mendominasi pasaran nilai paling tinggi, iaitu antara RM450 hingga RM500 sekilogram berbanding RM380 sekilogram sebelum ini dalam kalangan spesies air tawar sungai itu.
Ini diikuti pula ikan kelah putih, iaitu RM320 sekilogram berbanding RM280 sebelum ini di pasaran Taman Negara Kuala Tahan dan bandar Jerantut.
Kadar turun naik harga spesies bermutu tinggi itu bergantung kepada banyaknya permintaan pihak pengusaha hotel, chalet dan restoran terapung di Taman Negara Kuala Tahan dan bandar Jerantut.
Turut mengalami kenaikan antara RM20 hingga RM50, iaitu spesies yang sangat digemari untuk dicampur dalam masakan gulai asam tempoyak, iaitu ikan patin muncung berharga RM320 sekilogram, patin buah (RM120), jelawat (RM250), kerai kuning (RM100), jenahak, tenggalan dan udang (RM100).
Manakala spesies lain turut mengalami senario sama, iaitu temoleh (RM80), lampang (RM30) dan lawang (RM45) dengan antara kenaikan RM10 hingga RM30.
Malahan, kenaikan harga spesies berkenaan turut mempengaruhi harga juadah berasaskan ikan air tawar yang siap dimasak di kebanyakan hotel dan restoran Taman Negara dan bandar ini.
Berikutan fenomena itu, hasil tangkapan ikan air tawar dalam kalangan nelayan Sungai Tembeling merosot malah jika berhasil sekali pun dalam kuantiti yang sedikit dan terpaksa dijual dengan harga tinggi.
Nelayan Sungai Tembeling di Kampung Pagi, Adenan Nipah, berkata, faktor cuaca panas menyebabkan air sungai surut sehingga mereka sukar menangkap ikan spesies itu.
“Kita makin sukar tangkap ikan yang habitatnya di kawasan lubuk, manakala kos bahan api dan alat ganti kipas bot yang kerap rosak antara penyebab hasil tangkapan naik,” katanya.
Adenan yang sudah 40 tahun mencari rezeki sebagai nelayan sungai berkata, mereka tidak dapat menggunakan jaring hanyut dan menjala kerana peralatan itu kerap tersangkut di celah batu yang menjadi tempat spesies itu bersembunyi ketika air surut.
Rakannya, Shahradin A Karim, 48, berkata, mereka cuma bertumpu ke kawasan lubuk pada waktu malam hingga menjelang pagi dengan memasang joran untuk menangkap ikan kerana kawasan sungai sudah ditimbuni pasir kerana air surut.
“Kita tak mampu turun berjemur di atas bot gentian kaca hanya semata untuk menjala dan menahan jaring kerana cuaca amat panas pada sebelah siang,” katanya.
Tambahnya, jika ikan kelah, patin, jelawat misalnya berjaya ditangkap sudah tentu berbaloi kerana spesies itu antara yang mendapat permintaan ramai malahan pembeli tidak lokek walaupun ditawarkan harga tinggi.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: