KOTA BHARU - Kelantan akan melakukan pembenihan awan dalam masa terdekat jika masih tiada hujan di negeri ini, kata Exco Kerjaraya, Infrastruktur, Utiliti dan Teknologi Maklumat negeri Datuk Hanifa Ahmad.
Hanifa berkata pihaknya akan bekerjasama dengan sebuah syarikat swasta bagi melakukan operasi pembenihan awan di negeri ini.
"(Bagaimanapun) bekalan air masih cukup setakat ini dan kita jangka kalau tidak hujan berterusan sehingga akhir Mei mungkin kita akan menghadapi sedikit masalah.
Jika El Nino berterusan sehingga pertengahan Jun kita ada masalah dan kita perlu catu (bekalan air)," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat exco di Kompleks Kota Darul Naim di sini, hari ini.
Semalam, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Wilfred Madius Tangau dipetik sebagai berkata enam kawasan yang masih mencatatkan bilangan hari tanpa hujan melebihi 10 hari berturut-turut ialah Kota Baharu dan Machang, Kelantan yang masing-masing 23 hari, dan Kudat, Sabah selama 15 hari.
Selain itu, Madius berkata Pasir Mas, Kelantan; Besut, Terengganu; dan Mersing, Johor mencatatkan selama 10 hari tanpa hujan.
Hanifa berkata pihaknya akan menghantar bekalan air ke kawasan terjejas jika mendapat laporan daripada penduduk.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: