Friday, April 29, 2016

Kilafairy Pertaruhkan 'Setia' Ciptaan Ahli Kumpulan Samsons




PETALING JAYA: Penyanyi Kilafairy mempertaruhkan single terbaharunya berjudulSetia yang merupakan ciptaan komposer Indonesia,  Irfan Aulia juga ahli kumpulan terkenal Samsons.
Kilafairy atau nama sebenarnya, Syakila Nisha Jangir Khan, 24, berkata, lagu genre balada itu bersesuaian dengan vokal dan mengikut trend muzik semasa.

“Lagu Setia ini sangat kena dengan jiwa saya dan pastinya senang didengari oleh peminat muzik tempatan.

"Saya amat teruja dapat berkolaborasi bersama Irfan Aulia yang merupakan salah seorang anggota band Samsons yang cukup terkenal dengan lagu hits ‘Kenangan Terindah’ di Malaysia dan Indonesia.

"Garapan beliau berjaya menghasilkan melodi dan lirik puitis yang sangat indah.” ujarnya.
Kilafairy teruja dapat berkolaborasi bersama Irfan.
Kilafairy memulakan kerjaya sebagai penyanyi dengan single berjudul Pasti dan Resolusipada 2012, kemudian muncul dengan lagu duet berjudul Roman sebagai lagu tema drama Tihany pada 2013.

Kilafairy turut membina nama dalam bidang lakonan menerusi beberapa drama popular tempatan.

Selain itu, pada Disember lalu, lagu duet Warna Cinta bersama Aliff Aziz telah membawa nama Kilafairy apabila jumlah tontonan video di YouTube mencecah lebih 3 juta penonton sehingga kini.

Sementara itu, Kilafairy berkata, lagu Setia merupakan buah tangan terbaharu buat peminat yang setiasa menyokong kerjaya seninya.

“Lagu ini juga adalah buah tangan terbaharu buat para peminat yang setia menyokong perjalanan seni saya. Saya mahu terus kekal dalam arena muzik tempatan dan kolaborasi rakaman bersama syarikat Sony Music Malaysia yang banyak membantu dalam mencapai impian saya,” katanya.
Setia boleh dimuat-turun di iTunes dan stream menerusi portal muzik terpilih antaranya Apple Music, Deezer, JOOX Music, KKBox,  Raku, Spotify dan Yonder Music. 

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: