PENYANYI tengah meletup Hazama bakal menggegarkan Stadium Perbandaran Pasir Gudang, Johor Bahru malam esok pada mini konsert Karnival Gempak Muafakat Johor sempena malam akhir Maharaja Lawak Mega 2016.
Selain Hazama, buskers yang semakin popular di persada muzik tanahair, Genji Buskers bersama Project Band akan turut membuat persembahan pada mini konsert itu.
Menurut penganjur karnival, Nor Azhar Abdul Hamid, penganjuran Karnival Gempak Muafakat Johor diadakan untuk memeriahkan malam perhitungan terakhir MLM 2016 di samping menyediakan ruang ekonomi kepada masyarakat Johor khasnya untuk berniaga melalui gerai-gerai jualan yang disediakan.
"Kami berbesar hati kerana diberi kepercayaan oleh penaja utama karnival ini Lace Motor Sdn Bhd dan Majlis Perbandaran Pasir Gudang untuk menganjurkan program berkenaan.
"Oleh itu kami berusaha memberikan sesuatu penganjuran terbaik dengan membawa Hazama, Genji Buskers dan Project Band untuk membuat persembahan istimewa menghiburkan pengunjung di karnival berkenaan," katanya kepada Zass.
Jelas Azhar lagi, kumpulan 6th Sense juga akan membuat penampilan istimewa di tapak karnival pada jam 8 malam sebelum bermulanya final MLM 2016, Jumaat ini.
Selain persembahan artis berkenaan, Juara MLM 2016 nanti juga akan diberi penghormatan untuk membuat persembahan secara terbuka kepada pengunjung karnival pada Sabtu ini.
"Pengunjung pasti akan merasai kemeriahan karnival ini yang diselitkan dengan pelbagai aktiviti menarik lain seperti pameran auto, larian dan juga cabutan bertuah kepada pengunjung terpilih.
"Saya mengajak penduduk Johor khasnya dan masyarakat berdekatan negeri Johor untuk datang ke karnival ini dan bersama-sama memeriahkan malam akhir MLM 2016," ujar Azhar.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: