KANGAR - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail hari ini berkongsi petua membeli Harumanis asli bagi mengelak orang ramai 'tersalah membeli' atau 'tertipu' semasa membeli buah yang menjadi ikon negeri ini.
Beza Harumanis asli daripada buah tiruan atau buah import 'Tom Dam', misalnya ialah Harumanis Perlis lekuk pada tangkainya berbeza dengan buah dari Thailand yang mempunyai lekuk pada pangkal tangkai dan di bahagian luar tangkai.
Baginda bertitah ‘Harumanis Thai’, ‘Harumanis Kampung’ dan ‘Harumanis'’ merupakan antara nama yang digunakan bagi melariskan jualan mempelam.
"Kalau di Pantai Timur, Tom Dam ini juga dikenali sebagai ‘Pauh Mas Hitam’ yang juga dijual di tepi jalan, pasar malam atau ditempah secara dalam talin.
"Difahamkan 'Harumanis Tipu' turut dijual di Pasar Chow Kit di Kuala Lumpur dengan nama yang lebih gah iaitu ‘King of Harumanis’, yang jika dilihat dari segi fizikalnya sahaja memang sesetengah pembeli akan menyangka ia adalah Harumanis dari Perlis," titah baginda.
Tuanku Syed Faizuddin bertitah demikian selepas menghadiri majlis penyerahan sumbangan program AZAMTANI Jabatan Pertanian Negeri Perlis kepada Sunin Pin di Kampung Kota Kayang, Kuala Perlis di sini hari ini.
Situasi ini perlu diberikan perhatian sewajarnya oleh semua pihak kerana Harumanis membawa imej negeri Perlis, titah baginda.
Tom Dam juga mempunyai ‘bahu’ yang sama tinggi manakala Harumanis mempunyai bahu yang tidak sama tinggi antara kiri dan kanan, katanya.
Ketiga, bentuk bucu hujung Tom Dam tirus manakala Harumanis Perlis mempunyai bucu hujung yang sekata.
Keempat adalah dari segi tekstur buah itu, kerana Tom Dam lebih berserat dan ketara serta banyak jus, manakala Harumanis memiliki serat yang amat halus dan sedikit jus tetapi jauh lebih manis.
Justeru, baginda menasihatkan orang ramai supaya mengetahui ciri-ciri sebenar Harumanis untuk mengelak daripada ditipu atau berkunjung ke Pusat Petanian Bukit Bintang, Sungai Batu Pahat di sini untuk mendapatkan maklumat tepat.
"Penjualan yang menggunakan nama Harumanis Perlis bagi melariskan jualan akan dipantau oleh pasukan khas yang ditubuhkan Kerajaan Negeri diketuai oleh KPDNKK (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,Koperasi dan Kepenggunaan)serta dibantu beberapa agensi lain termasuk polis," titah baginda.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: