Black atau nama sebenarnya Hanifah Md Hanafiah, 29, berkata, perkara tersebut ia merupakan teguran pertama bapanya sejak tujuh tahun dia bergelar artis.
"Selepas program Mentor Milenia lalu bapa ada telefon saya dan ingin berjumpa, ini pertama kali dia tegur saya secara serius dan memberi nasihat agar saya tidak membodohkan diri lagi seperti dalam program realiti berkenaan.
"Saya sudah jelaskan kepadanya bahawa ia hanya untuk menceriakan program, namun dia tidak mahu saya dikecam oleh penonton," ujarnya.
Dia juga berjanji kepada bapanya untuk tidak bersikap demikian dalam mana-mana program pada masa akan datang.
"Sebagai orang tua saya faham perasaan dia bila lihat saya dikritik orang ramai. Dia juga terasa kalau orang kecam kelakuan saya.
"Teruk jugalah saya kena ceramah dalam kereta oleh ayah dan mak sebab perkara itu," ujarnya.
Sementara itu, tentang album Black... Masih Di Sini, ia memuatkan lima buah lagu hit sepanjang tahun 2015.
Lagu tersebut ialah Teman Pengganti, Puisi Sang Dewi, Mana Mungkin, Si Putih Si Merahdan Takkan Terlisah.
"Lima tahun saya menunggu untuk mengumpulkan karya-karya ini dan lima lagu ini merupakan lagu terbaik saya sepanjang tahun 2015.
"Album ini adalah untuk peminat-peminat saya yang berada di kampung-kampung yang lebih gemar membeli album fizikal, selain itu, dalam album ini turut memuatkan bonus karaoke untuk lima lagu tersebut, " ujarnya.
Album ini sudah berada di pasaran dan boleh didapati dengan harga RM29.90 seunit.
Dalam perkembangan lain, Black berkata, dia akan keluar dengan single terbaharu berjudul Anugerah Terindah yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: