USAHAWAN tempatan, Elliyin Rasif menerima Anugerah Global Leadership dalam fesyen Islam yang berlangsung di Bali, Indonesia, Sabtu lalu.
Melalui satu kenyataan, Elliyin, 29 yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Elle Zada Holdings itu merupakan penerima termuda dalam Anugerah Global Leadership itu.
"Kejayaan beliau dalam industri fesyen Islam bermula dari bisnes online ke empat buah syarikat iaitu Elle Zada Boutique, Elle Zada Academy, Elle Zada Tailoring & Textile dan Elle Zada Online Business," katanya.
Pada majlis anugerah itu, sebanyak 30 kategori serahkan kepada pengarah dan CEO syarikat di serata dunia.
Majlis penganugerahan ini dianjurkan oleh The International Leadership dan American Leadership Development Asscociation.
Turut hadir menyampaikan anugerah Puteri Badria Al Mulla dari Abu Dhabi, Presiden Emirates Group, kerabat-kerabat diraja seluruh dunia, Pengarah dan CEO-CEO syarikat besar dari seluruh dunia.