LEMBARAN baru artis serba boleh ini bermula selepas menyertai pertandingan realiti One In A Million (OIAM) kira-kira 10 tahun lalu.
Enggan lagi menoleh, Alif Satar terus mengorak langkah membina nama sebagai penyanyi, pelakon seterusnya gah dalam bidang pengacaraan.
"Alhamdulillah, bukan mudah untuk saya berjaya hingga ke tahap ini. Tanpa disedari, sudah 10 tahun saya berkecimpung dalam industri hiburan.
"Saya berharap ia terus berkekalan sehingga dua dekad lagi. Insya-ALLAH," katanya kepada Zass.
Pun begitu, pemilik nama sebenar Muhammad Alif Mohd Satar ini mengakui rezekinya semakin murah sejak mendirikan rumah tangga dengan kekasih hatinya, Sha Dila, dua tahun lalu.
Malah, tanpa segan silu, keutamaan pelantun lagu Akhiri Penantian ini tetap kepada keluarga terutama puteri sulungnya, Alisha Anugerah yang kini berusia 11 bulan.
"Sesibuk mana pun, fokus utama saya tetap pada keluarga.
"Lagipun, semua yang saya peroleh ini adalah atas rezeki anak saya. Asalkan ada kesungguhan dan usaha yang keras pasti akan memberikan rezeki.
"Insya-ALLAH, segala-galanya akan dipermudahkan jika dimulakan dengan niat yang betul," katanya.
Bahkan, selebriti berusia 26 tahun ini mengakui tidak pernah kekurangan tawaran dan sentiasa bekerja keras bagi memastikan perkembangan seninya tidak berada pada kedudukan statik.
"Alhamdulillah, tahun ini, rezeki saya dalam bidang lakonan semakin melimpah ruah.
"Selepas muncul dalam filem Usin UFO, saya tampil pula dalam drama bersiri Tundukkan Playboy Itu.
"Kini, saya sedang sibuk menjalani penggambaran drama bersiri Dia Semanis Honey sehingga Mei nanti. Dalam drama ini, saya bergandingan dengan penyanyi Siti Nordiana," katanya.
Tidak betah duduk diam, kredibiliti Alif juga dapat dilihat menerusi bidang pengacaraan.
Kini, pelantun lagu Cukup Indah ini sibuk mengacarakan program hiburan MeleTOP Kebaboom dan Clever Girl.
"Jika hendak diikutkan, saya ada menerima banyak tawaran mengacara.
"Insya-ALLAH, saya sedang menimbang tawaran untuk terbabit sama mengacarakan sebuah rancangan berkonsepkan travelog, hujung tahun ini," katanya.
Jalin kerjasama dengan Faizal Tahir
Meskipun sibuk berlakon dan mengacara, tumpuan Alif tetap pada bidang yang diminati, iaitu nyanyian.
Bahkan, pelantun lagu Jangan Nakal ini sedang sibuk mencari material baru untuk album terbaharunya kelak.
"Kali ini, saya merancang untuk tampil dengan sesuatu yang berbeza.
"Saya berhasrat untuk menjalin kerjasama dengan penyanyi dan komposer hebat, Faizal Tahir," katanya.
Mahu tampil dalam transisi berlainan, Alif turut meletakkan kepercayaan yang tinggi terhadap kewibawaan Faizal dalam mencipta lagu.
"Saya rasa hala tuju muzik Faizal sangat luas, sebab itu saya percaya dia mempunyai idea yang sangat bagus.
"Memang single saya sebelum ini mendapat sambutan yang sangat baik, tetapi saya juga tidak mahu terikat dengan satu genre muzik, iaitu pop.
"Saya akui masih belum mendapat kepuasan. Jadi, saya harap dengan kerjasama ini mampu memberikan sesuatu yang lebih istimewa untuk menambat hati peminat," katanya.
Pada masa sama, Alif juga baru selesai merakamkan single terbaru, Selamanya Cinta duet dengan penyanyi, Shila Amzah.
"Lagu itu ditulis sendiri oleh Shila dan diterbitkan oleh Helen Yap.
"Insya-ALLAH, lagu itu bakal menjadi lagu runut bunyi untuk drama Dia Semanis Honey seterusnya akan dimuatkan dalam album terbaru saya," katanya.
Menyedari akan permasalahan yang dihadapi oleh penyanyi wanita terbabit dengan media tempatan, Alif bagaimanapun lebih selesa untuk terus berfikiran positif.
"Itu urusan peribadinya. Saya tidak mahu masuk campur. Apa yang saya lihat, peluang yang datang ini adalah kesempatan untuk saya melebarkan sayap di luar negara.
"Saya percaya ia akan mendapat maklum balas yang baik daripada peminat," katanya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: