Friday, April 22, 2016

Chris Brown Disaman Kerana Nafkah Anak




Chris Brown berdepan dengan tuntutan nafkah anak daripada bekas teman wanitanya, Nia Guzman.
PENYANYI Chris Brown disaman oleh bekas teman wanitanya Nia Guzman yang mahu nafkah terhadap anak mereka, Royalty ditambah.
Hollywood Life melaporkan Nia tidak berpuas hati dengan jumlah diberikan penyanyi itu sebelum ini dan mahu meminta lebih memandangkan dia kini sudah berpindah ke Los Angeles.

Sebelum ini wanita berkenaan mengheret Chris ke mahkamah bagi mendapatkan hak penjagaan sepenuhnya terhadap anak mereka.

Ketika itu kes berlangsung di Houston, Texas.

Dalam pada itu, beberapa laporan menyebut Nia bertindak demikian selepas melihat Chris sering menayang kekayaannya di laman sosial dan mahu mendapatkan hak untuk anak mereka.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: