SELEBRITI dan usahawan, ND Lala, lebih senang memainkan peranan sebagai sahabat kepada dua puteri dan dua puteranya.
Menurutnya, seorang bapa tidak perlu menunjukkan ketegasan sepanjang masa untuk mendidik, sebaliknya perlu bijak menangani permasalahan yang berlaku kepada anak-anak.
"Kalau ada masalah, saya lebih suka berbincang dalam suasana tenang. Jangan kita marah anak kita di depan anak-anak yang lain.
"Bila saya mahu tegur anak-anak saya, saya akan gunakan cara berbeza. Contohnya, saya tahu anak saya minat bola sepak, jadi saya bercakap 'bahasa' bola sepak terlebih dahulu dengannya, kemudian baharulah saya akan bercakap tentang kesalahan yang dilakukan," katanya dalam program Power Talk For Smart Parents di Hotel Royal Chulan, di sini, hari ini.
Bagi memelihara hubungan kekeluargaannya, ND Lala juga mengambil pendekatan untuk mengadakan perjumpaan keluarga secara bulanan.
"Saya adakan perjumpaan keluarga sebanyak dua kali dalam setiap bulan. Waktu itu, masing-masing akan meluahkan perasaan dan berbincang tentang isu yang dihadapi dalam keluarga.
"Kadang-kadang kita sebagai ibu bapa 'panas telinga' juga bila dengar luahan hati anak-anak. Tetapi itu adalah apa yang anak-anak rasa dan kami hormati, dalam masa sama mereka juga begitu," katanya lagi.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: