KUANTAN - Sepasang suami isteri melahirkan rasa syukur dan terima kasih kepada Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip) atas bantuan membaik pulih kediaman berjumlah RM15,000.
Selain itu, Faizah Razali, 32, ibu kepada kanak-kanak yang menderita ketumbuhan dalam kepala, Mohd Iqbal Mohd Khasan, 5, turut menerima baucar barangan RM200 sebulan dan bantuan zakat secara bulanan RM300.
Menurutnya, sumbangan itu dapat meringankan beban ditanggung keluarganya demi memastikan Mohd Iqbal yang menderita berasa selesa.
“Saya dan suami (Mohd Khasan Mohd Ridu, 43) akan menggunakan sumbangan itu untuk membeli peralatan membaiki rumah supaya lebih selesa berbanding sebelum ini.
“Dua lagi sumbangan akan digunakan untuk membeli barang keperluan Mohd Iqbal kerana dia bergantung sepenuhnya susu formula khas,” katanya ketika ditemui di sini kelmarin.
Menurut Faizah, dia sekeluarga bersyukur dengan keprihatinan Muip, kerajaan negeri dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) terhadap nasib menimpa anaknya itu.
“Jika kisah anak saya ini tidak dimainkan (disiarkan) dalam surat khabar dan televisyen tentu saya tak dapat sumbangan macam ni.
“Walaupun saya diberi ujian iaitu kesakitan Mohd Iqbal, tetapi saya dihujani pelbagai rezeki, Alhamdulillah saya amat bersyukur,” katanya.
Sementara itu, Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Unit Fakir dan Miskin, Nasrul Hakim Daud berkata, sumbangan itu bagi memastikan Mohd Iqbal dapat menikmati hidup lebih baik.
Katanya, Muip memahami penderitaan yang ditanggung keluarga mangsa yang memiliki tujuh anak yang masih kecil dan bersekolah.
“Jadi pihak kita hulurkan RM300 dan baucar barangan RM200 setiap bulan dan kita harapkan kehidupan mereka lebih selesa selepas ini,” katanya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: