SHENYANG - CHINA. Seorang lelaki ditahan dan didenda selepas membuka pintu kecemasan pesawat untuk menghirup udara segar, Isnin lalu.
Menurut Dailymail, lelaki yang hanya dikenali sebagai Hu berkenaan mendakwa mengalami pening kerana perjalanan jauh dan perlu udara segar untuk ketenangan.
Hu menyangka penumpang lain tidak akan perasan jika beliau membuka pintu kecemasan itu untuk tempoh sekejap.
Beliau yang juga seorang usahawan melakukan perkara tersebut dalam penerbangan HU7729 untuk penerbangan dari Hangzhou ke Shenyang.
Seorang pramugari yang ditemuramah stesen televisyen tempatan memberitahu beliau melarang Hu dari menyentuh pintu keselamatan tersebut selama dua kali.
Insiden pada 18 April lalu merupakan yang kedua di China selepas seorang lelaki membuka pintu kecemasan pesawat dengan alasan serupa pada awal tahun ini.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: