JIKA di Malaysia, filem Dilwale gandingan Shah Rukh Khan dan Kajol mendapat pujian dan sambutan yang cukup menggalakkan.
Namun tidak di negara asal mereka apabila filem ini mendapat kritikan hebat sehingga menerima gelaran ‘Filem Paling Teruk’ menerusi Anugerah Golden Kela kali ke-8.
Bahkan filem itu juga gagal mendapat kutipan yang memberangsangkan dan dari pelakon hingga pengarah saling menyalahkan antara satu sama lain.
Justeru, bagi menebus kekecewaan terhadap filem tersebut, Shah Rukh Khan atau lebih dikenali dengan nama SRK kembali dengan filem terbaharu lakonannya, Fan.
Filem terbitan penerbit terkenal, Aditya Chopra, diarahkan oleh Maneesh Sharma dan dijayakan oleh pelakon lain seperti Waluscha de Sousa, Sayani Gupta, Shriya Pilgaonkar, Deepika Amin dan Yogendra Tiku.
Fan mengisahkan tentang seorang peminat yang bernama Gaurav yang amat obses dengan idola kegemarannya iaitu Aryan Khanna.
Setiap gerak geri, personaliti, gaya pakaian, cara berjalan, bercakap dan hampir ke semuanya mengenai Aryan telah Gaurav pelajari kerana baginya Aryan adalah idola dan ‘senior’nya.
Selepas memenangi pertandingan tiru gaya artis di tempat kelahirannya, Delhi, Gaurav telah pergi ke Mumbai untuk bertemu idolanya pada hari kelahiran superstar tersebut.
Pada ketika itu, Aryan mengalami masalah dengan superstar yang kian meningkat naik ketika itu, Sid Kapoor.
Berita Aryan dan Sid telah tersebar di seluruh media India dan membuatkan Gaurav bertindak di luar jangkaan.
Gaurav lakukan segala perkara yang berkaitan dengan idolanya, baginya juga masalah idolanya adalah masalahnya juga. Segala tingkah lakunya adalah hanya untuk bertemu dengan idolanya.
Tetapi tindakannya itu telah membawa padah apabila Aryan telah mengetahui dan bertemunya di penjara. Aryan telah menyatakan bahawa Gaurav bukanlah peminat setianya tetapi adalah penjenayah.
Akibat dengan kata-kata yang menyakitkan hati daripada idolanya itu, Gaurav telah kecewa sehingga dia menjual kedai dan perniagaannya.
Selepas beberapa tahun, Gaurav telah mengikuti siri jajahan Aryan di seluruh dunia. Dengan bakat yang dimiliki, dia telah mencetuskan kontroversi dengan membuat kekacauan terhadap peminat Aryan.
Pada pandangan penulis, filem ini merupakan filem yang berbeza dari filem-filem Bollywood yang sering kita tonton.
Tiada kisah cinta atau menari berguling-guling di taman, sebaliknya cerita ini membawa penonton melihat dua karakter berbeza yang sebenarnya dilakonkan oleh orang yang sama.
Bahkan Fan akan membawa akan kembali ke zaman kegemilangan SRK termasuk kisahnya sebelum menjadi superstar.
Lakonan SRK pula pada pandangan penulis tidak perlu dipertikaikan lagi keberkesanannya dan pujian harus diberikan kepada superstar ini kerana berjaya membawa karakter budak berusia 17 tahun dengan baik, biarpun hakikatnya dia sudah berusia 50 tahun.
Mesej penting
Bagi penulis, apa yang ingin diketengahkan oleh SRK menerusi filem ini adalah mesej.
Ia memperlihatkan kehebatan seseorang selebriti itu bukan disebabkan hasil kerjanya sahaja, tetapi juga peminat yang setia menyokongnya.
Pergerakan plot yang santai dan susunan plot yang mudah difahami akan memudahkan lagi anda untuk hadam dengan perjalanan cerita ini.
Secara keseluruhan, pada pandangan penulis, Fan adalah sebuah filem Bollywood yang menarik untuk ditonton dan lain dari lain.
Justeru bagi anda yang ingin mengetahui kesudahan perseteruan ini, jangan lupa menyaksikan Fan di pawagam.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: