KINI, menjengah dunia globalisasi, memiliki kenderaan sendiri bukan lagi sebagai lambang kemewahan sebaliknya satu keperluan.
Tambahan pula, kewujudan pasaran kenderaan buatan Malaysia yang mampu milik turut ‘mengizinkan’ seorang pekerja bergaji rendah berkemampuan memiliki sekurang-kurangnya sebuah kereta.
Pun begitu, hanya menjadi pemilik kenderaan tidak mencukupi.
Ini kerana, sebagai pemilik kenderaan, sedikit ilmu pengetahuan dalam bidang automatif juga perlu ada di dalam diri.
Menyedari akan permasalahan itu, syarikat pengedar kereta, Destiny Auto Sdn Bhd menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) dengan stesen televisyen awam, Bernama TV bagi menerbitkan sebuah program bual bicara terbaharu, Autozone.
Pengurus Besar Bernama, Datuk Zulkefli Salleh memberitahu, Autozone adalah program bual bicara pertama seumpamanya yang mengetengahkan isu dan perbincangan berkaitan kenderaan.
Katanya, Autozone mencuba untuk mengetengahkan isu berkaitan permasalahan kenderaan baharu dan terpakai termasuklah daripada segi pembelian, penjualan, pembayaran dan sebagainya.
"Dengan adanya program ini, saya harapkan ia mampu memberi penerangan yang lebih telus buat masyarakat ketika ingin menjalankan urusan jual beli kenderaan.
"Ia akan memberi input yang lebih kepada penonton sebelum mereka membeli kereta baharu atau terpakai.
"Lagi pula, setiap minggu program ini akan menjemput pakar yang berkaitan untuk berkongsi tip kenderaan," katanya.
Dari radio ke kaca TV
Selepas enam tahun ke udara melalui corong radio, Autozone kini mengorak langkah dengan dimensi baharu dalam dunia penerbitan program bual bicara santai secara lintas langsung.
Sebelum ini, Autozone hanya ke udara menerusi saluran radio Bernama Radio24 dan bersiaran pada setiap Jumaat, dari jam 5.15 hingga 6 petang.
Namun, dek sambutan memberangsangkan yang diterima daripada pendengar setia radio itu, cakupan program itu diperluaskan ke layar TV secara langsung.
Kini, program bual bicara itu bersiaran di Bernama TV saluran Astro 502 dan HYPP TV saluran 410 pada setiap Ahad, dari jam 9.30 hingga 10.00 malam.
Penerbitnya, Nizuan Hanaffi memberitahu, Autozone adalah program bersifat automatif berkonsepkan Infotainment dan dihoskan oleh Zulkifli Bujang.
Lebih menarik, katanya, perjanjian tersebut turut membolehkan Autozone bersiaran selama tiga musim berturut-turut (13 episod bagi setiap musim).
"Salah satu segmen unik ialah Car Of The Week yang mengetengahkan bilangan kereta terpakai dengan harga yang ditawarkan lebih murah berbanding harga pasaran.
"Kita juga masih mengekalkan Awang BPR dan Black Owl sebagai pemuzik dan band tetap selain menampilkan pelbagai artis undangan seperti Izam E.Y.E, Mel Wings, Zack Kool, Andy Flop Poppy dan Afee Utopia," katanya.
Bahkan katanya, dekorasi studio turut dihiaskan dengan pelbagai konsep berkaitan kenderaan termasuk sofa utama dan latar belakang studio bersesuaian dengan objektif program tersebut.
Tambahnya, program ini juga memberi peluang kepada penonton untuk berinteraksi di atas talian bertujuan untuk mengemukakan sebarang soalan berkaitan permasalahan pembelian, penjualan kenderaan baharu atau lama, senarai hitam, kereta recond dan sebagainya.
"Kita selaku orang tengah dalam menerbitkan sesebuah program terbaik akan selalu mengambil kira sambutan yang diterima kerana ia merupakan faktor utama kepada penerbitannya sebagai sebuah program TV," katanya.
Lebih informasi
Mohd Khaidir Hassan atau lebih popular dengan panggilan Che Din berpendapat, kerjasama yang terjalin itu mampu memberi pulangan timbal balik kepada kedua-dua pihak.
Che Din yang juga merupakan Pengarah Urusan Destiny Auto Sdn Bhd turut berharap agar program sebegini mampu memberi lebih informasi kepada penonton di luar sana mengenai ilmu kenderaan.
"Atas sambutan hangat yang telah diterima melalui siaran radio, kita meluaskan program ini ke siaran TV dengan mengetengahkan pelbagai isu berkaitan dengan kenderaan terpakai dan baru.
"Contohnya, ramai graduan yang masih lagi menuntut di institusi pengajian awam dan swasta ingin membeli kereta baru tidak tahu yang mereka itu layak memilikinya.
"Begitu juga bagi mereka yang namanya telah disenaraihitamkan juga ada peluang membeli kereta kerana ada institusi kewangan yang mampu membantu apatah lagi pesara dan warga emas yang belum mencapai usia 65 tahun.
"Kita boleh membantu anda menyelesaikan masalah itu," ujarnya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: