Hosni menunjukkan Beard Oil yang dikeluarkan OmbakWear.
JIKA dulu, ramai golongan lelaki memilih imej bersih, tanpa janggut, misai ataupun jambang, namun kini trend telah berubah sebaliknya.
Rata-ratanya mula berminat dengan imej berjangut dan berjambang'untuk kelihatan lebih tampan.
Bagi umat Islam, menyimpan janggut adalah salah satu sunnah Rasulullah SAW. Jadi, tidak hairan ia menjadi ikutan ramai kaum Adam, selain merasakan ia dapat menyerlahkan lagi imej mereka.
Malah imej ini turut menjadi ikutan selebriti terkenal dalam dan luar negara. Jika di Malaysia, imej bermisai dan berjambang cukup serasi dengan nama Wak Doyok, di Hollywood trend ini sudah lama menjadi kegilaan.
Lihat sahaja nama-nama seperti Jake Gyllenhaal (Enem), Robert Downey Jr (Iron Man) dan Chris Evans (Captain Amerika) yang menjadi perhatian ramai.
Bukan sahaja mencipta fenomena tersendiri, trend berjambang ini turut menjadi ikutan ramai peminat mereka.
Bagaimanapun, imej berjambang ini mungkin menjadi kesukaran bagi mereka yang berdepan masalah kesuburan yang mana mempunyai janggut nipis atau langsung tidak berpeluang memiliki janggut.
Namun di zaman kian moden ini, masalah seperti itu dapat diatasi dengan menjalani pelbagai rawatan mudah. Paling menjadi sebutan, minyak perapi jambang! Bukan sahaja berkesan, malah kosnya juga lebih murah berbanding rawatan dan produk lain di pasaran!
Sambutan menggalakkan
Pengarah Urusan OmbakWear Trading, Hosni Shah Mubarak berkata, produk minyak perapi jambang yang diciptanya, Beard Oil asalnya bertujuan untuk merapikan jambang serta janggut.
“Namun, beberapa pelanggan memberitahu saya jambang mereka tumbuh dengan lebat setelah memakai Beard Oil. Alhamdulillah, saya lega mendengarnya,” katanya.
Menurutnya, dia berminat menceburi sektor minyak perapi setelah melihat bilangan lelaki menyimpan jambang bertambah.
“Sebelum membuka syarikat sendiri, saya menjadi ejen iaitu menjual minyak jambang. Melihat jualan minyak tersebut sangat memberangsangkan, saya terus menanam cita-cita untuk membuat minyak perapi jambang sendiri.
“Jadi, setelah empat minggu menjual produk berkenaan, saya ambil keputusan untuk berhenti kerja bagi membuka perniagaan sendiri pada tahun 2014,” katanya.
Menurut Hosni, Beard Oil mendapat sambutan menggalakkan dan sehingga awal 2016, syarikatnya menjual hampir 40,000 botol.
Bagi yang berminat untuk membeli minyak tersebut, boleh layari laman web rasmi OmbakWear untuk mendapatkan nombor telefon ejen rasmi syarikat.
Selain pasaran lokal katanya, Beard Oil mendapat sambutan menggalakkan daripada pelanggan luar negara.
Lebih yakin, bergaya
Menyedari trend berjambang di kalangan lelaki, Ammar Anuwar, 22, berkata, dia juga tidak mahu ketinggalan untuk tampil dengan imej sedemikian. Malah imej itu membuatkan dia berasa lebih yakin dan sempurna di hadapan khalayak ramai.
“Pada mulanya, saya tidak memiliki jambang yang sempurna. Terdapat beberapa bahagian yang tidak tumbuh dengan teratur.
“Risau dengan masalah ini, saya terus mencari produk membolehkan jambang tumbuh dengan sempurna,” katanya.
Turut mempunyai masalah sama, Rajab Ali, 23, dia juga berusaha mencari produk mengembalikan keyakinannya. Atas cadangan teman, dia mula cuba menggunakan minyak perapi jambang.
"Sebelum ini, saya tak pernah ambil kisah tentang janggut. Tapi apabila melihat ramai kawang-kawan yang tampil dengan imej seperti itu, saya mula mencari produk sesuai.
"Setelah memakai produk itu, jambang saya akhirnya tumbuh dengan sekata dan saya turut mengesyorkan pada rakan-rakan lain,” katanya.
Sementara itu, Mohd Fuad Suhaimi, 25, mengakui turut berdepan masalah jambang nipis dan tidak sekata yang mencacatkan penampilannya.
“Sebelum ini, saya pernah mencuba produk terkenal untuk mengatasi masalah ini. Namun, produk berkenaan tidak memberi kesan kepada pertumbuhan jambang dan misai,” katanya.
Justeru itu, dia membuat pemerhatian di laman sosial dan mendapati minyak perapi jambang mendapat reaksi positif dari kebanyakan pengguna.
“Melihat maklum balas positif pelanggan produk ini, saya ambil keputusan untuk membelinya. Alhamdulillah, setelah tiga minggu memakainya, saya lihat misai serta jambang tumbuh dengan lebih lebat,” katanya.
Bagi Hilmi Abdul Rahman, 23, masalah jambang yang kusut dan kering membuatkan dia hilang keyakinan untuk bertemu orang ramai.
“Kebetulan, jiran saya adalah seorang pembuat minyak perapi jambang. Jadi, saya beli sebotol minyak untuk dicuba.
“Kesan minyak itu sangat memberangsangkan kerana dalam tempoh seminggu, jambang saya semakin lebat dan tumbuh dengan rapi,” katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: