Saturday, February 6, 2016

Menderita sakit bila semut bersarang dalam telinga



Menderita sakit bila semut bersarang dalam telinga
Shreyaa Darji
GUJARAT - INDIA. Sekumpulan doktor terkejut selepas mendapati semut bersarang dalam telinga seorang remaja 12 tahun yang sering mengalami kerengsaan di telinganya.‎
Setakat ini, ribuan semut bersarang di dalam telinga Shreyaa Darji yang menyebabkan doktor binggung bagaimana serangga itu terus membiak dalam telinga remaja itu.
Memetik Mirror.uk, kira-kira 10 semut hidup akan merangkak keluar dari telinganya setiap hari.
Shreya dari Deesa Gujarat, barat India mula mengalami kerengsaan pada telinganya sejak Ogos tahun lalu.
Menurut Pakar Telinga, Hidung dan Tekak (ENT) dari Gujarat, Dr Jawahar Talsania, 58, pihaknya telah menjalankan semua imbasan termasuk MRI dan CT pada remaja itu, dan mendapati semuanya berada dalam keadaan normal.
"Kami tidak dapat mengesan sebarang keganjilan pada telinga remaja itu malah dia tidak mengalami kesakitan termasuklah gigitan dan kecederaan pada gegendang telinganya.
"Keluarga remaja itu juga menjalani kehidupan normal dan mengamalkan kehidupan sihat jadi kita tidak boleh menyalahkan faktor persekitaran menjadi punca kepada kejadian ini," katanya.
Dr Jawahar turut menjelaskan dia cuba untuk membunuh semut dengan titisan tetapi serangga itu terus membiak.
"Kami tidak percaya semut itu  bertelur di dalam telinganya kerana tidak menjumpai semut ratu di dalamnya.
"Kami benar-benar bingung," katanya sambil menambah dia telah menggunakan kamera dalam telinga untuk memeriksa kebuk telur.
Sementara itu, bapa Sanjay Darji, 40, yang menjalankan perniagaan membaiki televisyen di Gujarat berkata semut sering merangkak keluar dari telinga anaknya itu ketika berada di sekolah.
"Saya telah melakukan apa yang boleh. Saya telah membawanya berjumpa dengan doktor terbaik namun mereka gagal untuk  menyelesaikan masalah yang dihadapi. Saya hanya mengharapkan dia pulih.
"Saya risau dengan masa depan anaknya itu dan bagaimana ia akan memberi kesan kepada pembelajarannya. Dia seorang kanak-kanak yang bijak dan kini terpaksa ponteng sekolah," ujarnya.
Tambah Sanjay, rakan anaknya di sekolah dan rumah sering mengejeknya yang menyebabkan Shreyaa berasa teruk.
Sanjay kini berdoa agar keajaiban dan dia percaya dia telah mencuba sedaya upaya walaupun doktor tidak mampu untuk melakukan apa-apa setakat ini.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: