ANGGOTA kumpulan One Direction, Louis Tomlinson yakin bahawa anak lelaki yang baharu sahaja dilahirkan oleh bekas kekasihnya, Briana Jungwirth yang diberi nama Freddie adalah anak darah dagingnya.
Seperti dipetik TMZ, Louis dengan senang hati menerima bayi lelaki tersebut tanpa sebarang persoalan, walaupun dia boleh memilih untuk melakukan ujian DNA terlebih dahulu bagi mengesahkannya terlebih dahulu.
Sejak Briana mengandung, penyanyi tersebut sudah berasa yakin ia merupakan anak hasil hubungan mereka ketika bersama.
Louis, turut memuat naik gambarnya bersama bayi tersebut di laman Instagram, Januari lalu.
Biarpun sudah menjalinkan hubungan cinta dengan wanita lain iaitu Danielle Campbell, dia tetap bertanggungjawab membayar segala keperluan bayi dan ibunya setiap bulan.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: