SEBUAH perkampungan di Ukraine telah diberi jolokan sebagai Tanah Kembar selepas memecahkan rekod dengan mempunyai 122 pasangan kembar.
Kampung Velikaya Kopanya di wilayah Zakarpattia Oblast terletak dekat barat negara itu mempunyai kurang daripada 400,000 penduduk. Namun, bilangan kembar di kawasan kecil tersebut boleh dikatakan tinggi melebihi 100 orang.
Kini, kampung dengan 61 pasangan kembar berkenaan telah diiktiraf dalam buku rekod Ukraine, dan seterusnya mungkin mendapat pengiktirafan dari Rekod Dunia Guinness.
Menurut pegawai tempatan Maryana Savka, jumlah pasangan kembar yang dilahirkan di kampung terbabit adalah lebih tinggi berbanding tempat lain dan sejak tahun 2004, mereka mempunyai sekurang-kurangnya dua atau tiga kembar baharu setiap tahun.
Penduduk tempatan percaya kelahiran kembar 'luar biasa' itu mungkin disebabkan air tempatan khas yang didakwa baik untuk kesihatan.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: