
PENGANJURAN Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2016 mendapat sambutan hebat daripada golongan sasaran.
Menariknya, siri jelajah ini diadakan bagi memberi peluang kepada orang ramai untuk mengetahui program-program yang direncanakan pada festival kali ini.
Mereka juga turut berpeluang mendengar sendiri perkongsian ilmu oleh tetamu jemputan di samping beramah mesra dengan selebriti popular tanah air.
Antara selebriti yang hadir memeriahkan siri jelajah ini termasuklah Hafrez Adam, Nadia Brian, Syarul Ridzwan dan Janna Nick.
Syarul Ridzwan dan Janna Nick merupakan duta bagi DFKL 2016 bersama pelakon terkenal Adi Putra.
Menerusi siri jelajah ini, pelbagai aktiviti dilakukan seperti pertandingan berlakon dan sesi soal jawab di mana pengunjung berpeluang untuk menemu bual artis kesayangan mereka.
Berkongsi pengamalan mengenai siri jelajah ini, pelakon yang dikenali menerusi drama bersiri Akulah Balqis, Nadia Brian memberitahu, pembabitan sulungnya dalam siri jelajah ini adalah satu pengalaman hebat.
"Sambutan yang diterima sangat memberangsangkan. Bagi saya penganjuran siri jelajah ini sangat bagus kerana pengunjung dapat memperoleh ilmu mengenai dunia seni.
"Pada masa sama, ia juga dapat mendekatkan lagi peminat dengan selebriti menerusi aktiviti yang diadakan," katanya.
Selain itu, pencarian bakat baharu dalam dunia lakonan turut diadakan dan sesi uji bakat tersebut diadili oleh penerbit yang juga pelakon hebat, Sheila Rusly.
Bagi bengkel drama DFKL 2016 yang bakal berlangsung pada 17 dan 18 Mac 2016 nanti pula, ia turut menampilkan nama-nama besar dalam industri seni seperti Datuk Rosyam Nor, Datin Umie Aida, Ellie Suriaty, Azman Yahaya (Jinggo) dan Ahmad Idham.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: