Thursday, February 4, 2016

Hugh Jackman Syukur Perkahwinan Semakin Sempurna




Hugh Jack bersama isterinya, Deborra.
AKTOR Hugh Jackman yang bakal menyambut ulang tahun perkahwinan ke-20 pada April depan bersama Deborra-Lee Furness, 60, menyifatkan rumah tangganya semakin sempurna hari demi hari.

Menurut laporan etonline, Hugh, 47, menerusi program bual bicara Ellen Degeneres Show, katanya dia mempunyai seorang isteri yang sangat memahami kerjayanya.

"Dia (isteri) seorang wanita yang  terbaik. Saya bersyukur kerana hidup susah senang bersama dan Kejayaan yang saya kecapi sekarang juga kerana kami lakukan ia bersama.

"Saya bersyukur kerana rumah tangga kami menjadi lebih kukuh dan sempurna hari demi hari," katanya.

Dalam pada itu, bintang filem Wolverine itu turut berkongsi pertama kali dia berkenalan dengan Deborra.

"Saya berjumpa dengan Deborra ketika pertama kali saya terlibat dengan penggambaran sebuah filem dan terus sukakannya.

"Malah seluruh kru produksi meminati Deborra dan saya berasa sangat segan kerana tidak bercakap dengannya untuk beberapa minggu," ujarnya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: