Fauziah (kiri) bersama Mona di hadapan logo restoran mereka.
RESTORAN 13 Thirteen Street Cafe menawarkan 200 lebih menu dengan harga makanan serendah RM3 hingga RM30 (premium) kepada penggemar makanan tempatan dan barat.
Pemiliknya, Fauziah Din berkata, restoran itu menggabungkan konsep hipster dan elegan, menjadikan ia tarikan utama.
“Berbeza dengan restoran atau kafe hipster lain, kami menawarkan masakan tradisi seperti ikan bakar, aneka mi dan sup, serta laksa.
“Tidak hanya masakan ala Barat, saya juga menyediakan set 'high tea' Melayu dan Inggeris,” katanya.
Turut berkongsi perniagaan dengan kakaknya, Mona Din yang juga pengasas Leesa Formula, restoran ini menyediakan pelbagai pilihan makanan, daripada nasi sehingga ke pencuci mulut.
Fauziah berkata, dia amat mementingkan selera pelanggan dan konsep itu diterapkan dalam menu restorannya.
“Kami mahu pelanggan bebas memilih makanan kegemaran dengan variasi menu menarik.
“Tidak hanya menumpukan golongan muda, menu juga disediakan untuk setiap lapisan umur dan masyarakat,” katanya.
Malah, ia dihiasi dengan pelbagai dekorasi menarik seperti meja dan kerusi tempahan khas menggunakan kayu palet Pine.
Fauziah mahu pelanggannya menikmati hidangan dengan selesa, seolah berada di rumah sendiri.
Terdapat juga ruang 'Love Corner' bagi pasangan yang ingin menikmati hidangan dalam suasana romantis.
Mula operasi jam 8 pagi sehingga 10 malam, restoran tersebut mampu menampung 60 pelanggan dalam satu masa.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: