Wednesday, February 3, 2016

Filem OlaBola kutip RM2.5 juta empat hari tayangan




Ola Bola ke Taipei

FILEM 'OlaBola' yang mula ditayangkan pada 28 Jan lalu menerusi 126 pawagam di seluruh negara dan Brunei berjaya mengutip RM2.5 juta dalam tempoh empat hari.
Ketua Pegawai Operasi Astro, Henry Tan berkata filem fiksyen sentuhan pengarah Chiu Keng Guan itu turut mendapat sokongan dan reaksi positif rakyat Malaysia.
"Malah OlaBola turut memberikan impak besar di laman-laman sosial dan menjadi trending di laman twitter sebanyak enam kali.
"Istimewanya, rata-rata tweet di laman Twitter dibanjiri oleh pemilik akaun dari pelbagai lapisan rakyat Malaysia," katanya dalam satu kenyataan.‎
Henry berkata filem tersebut bukan hanya memaparkan sukan bola sepak, tetapi juga menonjolkan semangat perpaduan di Malaysia.
Filem ini katanya memiliki jalan cerita yang sesuai ditonton oleh semua lapisan masyarakat.
Diilhamkan daripada kisah benar, OlaBola mengisahkan semangat juang pemain bola sepak negara yang pernah mengharumkan nama Malaysia apabila layak ke Sukan Olimpik Moscow, Russia pada 1980.
Filem ini menampilkan aktor hebat, Bront Palarae; dan Frankie Lee, Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia (FFM) ke-27.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: