Monday, February 1, 2016

Fathia-Aiman berpisah, Ayda Jebat jadi orang ketiga?



Ayda Jebat
Ayda Jebat
DAKWAAN ni sangat merepek!.” Demikian tegas Ayda Jebat apabila dikatakan menjadi punca perpisahan antara aktor Aiman Hakim Ridza dan Fathia Latiff, baru-baru ini.
Menurut Ayda, biarpun sudah beberapa kali bekerjasama dengan aktor itu, namun dia tidak pernah menyimpan nombor telefon Aiman sebelum ini, biarpun mereka pernah berada dalam satu grup menerusi aplikasi WhatsApp.
Bagaimanapun ujar Ayda, dia tidak menafikan pernah sekali menghubungi Aiman atas dasar kerja.
“Pertama, saya sendiri tak tahu bila mereka berpisah.
“Kedua, selepas beberapa kali bekerja dengan dia, barulah saya simpan nombor dia. Itu pun sebab saya nak berbincang dengan dia untuk menukar tarikh sesi fotografi yang melibatkan kami.
“Bagaimanapun apa yang boleh saya cakap, dia seorang artis yang sangat profesional dan sangat baik,” ujarnya kepada Zass.
Ayda berkata, walaupun pernah digosipkan bersama Aiman dan beberapa artis lelaki lain, tetapi dia tidak melihat perkara itu sebagai satu masalah besar.
“Ada yang suarakan pendapat mereka untuk saya mempunyai teman lelaki supaya saya tak dikaitkan lagi dengan mana-mana artis lelaki, tetapi bagi saya itu bukan satu perkara besar.
“Bagi saya apa yang penting, bukan kita yang mencipta kontroversi atau isu. Kalau kontroversi itu datang kepada kita, ia bukan salah kita,” katanya yang ditemui pada sidang media Top 5 Anugerah MeleTOP ERA 2016.
Tambah gadis berusia 24 tahun yang pernah dikaitkan dengan pelakon Zul Arrifin ini, fokus utamanya buat masa ini adalah kerjaya.
Selain bakal sibuk di lokasi penggambaran, Ayda juga akan muncul dengan single terbaharu berjudul Pencuri Hati ciptaan Kevin Chin dan lirik hasil nukilan bersama Ayda dan komposer berkenaan.
Dalam pada itu, menerusi Anugerah MeleTop ERA 2016, Ayda telah menerima pencalonan terbanyak menerusi kategori Pelakon MeleTOP, Lagu MeleTOP, Drama MeleTOP, dan Penyanyi MeleTOP.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: