KUALA LUMPUR: Enam selebriti popular memeriahkan acara kempen gerakan #Green24 anjuran syarikat penerbangan AirAsia dan AirAsia X di APW@Bangsar di sini pada Sabtu.
Selebriti tersebut ialah Joe Flizzow, SonaOne dan Noh Salleh yang tampil membuat persembahan serta Neelofa sebagai tetamu jemputan.
Manakala personaliti Youtube Jinnyboy dan Reuben mengendalikan acara tersebut.
Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad, Aireen Omar berkata, kehadiran barisan artis pada kempen tersebut dapat menarik perhatian ramai mengenai informasi kesedaran berkaitan alam sekitar.

"Kehadiran barisan selebriti ini akan memudahkan lagi untuk penyampaian kesan perubahan alam sekitar kita yang dilihat semakin kronik, lebih-lebih lagi di negara-negara maju terhadap orang ramai," katanya yang ditemui di acara #Green24 itu.
Pada acara tersebut, terdapat pelbagai aktiviti yang diadakan termasuklah pengumpulan barang kitar semula, pameran dan edaran pokok kepada pengunjung secara percuma.
Dalam pada itu barangan kitar semula turut berjaya dikumpulkan mengikut kategori masing-masing iaitu kertas, plastik, aluminium dan pakaian terpakai dan ia akan dihantar ke pusat kitar semula Tzu Chi Foundation.
Pengunjung juga mendapat informasi mengenai perubahan iklim daripada lebih 20 pertubuhan alam sekitar.
"Berdasarkan apa yang dilihat, acara ini mendapat respons yang sangat baik dan saya harap informasi yang diberi dapat dipraktikkan dalam kehidupan harian masyarakat kita," ujarnya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: