Friday, February 12, 2016

Drama bersiri Gerak Khas kembali



Drama bersiri Gerak Khas kembali
Yusof (enam dari kanan) bersama Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari (tujuh dari kanan) beserta para pelakon drama bersiri Gerak Khas 2016 semasa majlis pelancaran drama tersebut semalam.
SKOP Productions Sdn Bhd mempersembahkan Gerak Khas 2016, hasil karya dan arahan pengarah berpengalaman dalam bidang kepolisan, Datuk Yusof Haslam.
Selain Yusof, beliau turut bergandingan dengan pengarah lain seperti Syamsul Yusof, Aziz M Osman, Faizal Yusof, C Kumaresan dan Majed Salleh.
Gerak Khas 2016 lahir daripada cetusan dan garapan idea positif dalam menghasilkan sebuah drama bersiri bercorak kepolisan.
Ia dianggap sebagai drama bersiri tunggal yang berhubung kait dengan dunia kepolisan. Menyingkap kembali, drama bersiri Gerak Khas bermula dari 5 April 1999.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: