Wednesday, February 3, 2016

Cacat bukan penghalang




Cacat bukan penghalang

SEORANG tukang emas terkenal di Britain telah menjual beribu-ribu barang kemas dan berjaya mencipta perhiasan rumit itu walaupun dilahirkan tanpa jari tangan.
Annette Gabbedey, 49, menghasilkan cincin, anting-anting dan gelang yang dihias dengan berlian, permata dan batu-batu berharga lain di bengkelnya di Frome, Somerset, England.
Dia tidak menggunakan peralatan khas untuk membantu kerja-kerjanya itu.
“Saya sudah terbiasa dan sama sekali tidak merasakan ada kekurangan fizikal. Sebaliknya saya berasa dihargai apabila orang sering terpesona melihat saya mereka sesuatu dengan mudah," katanya.
Tambahnya, semasa masih bersekolah dia telah digalakkan oleh keluarganya supaya mengatasi kekurangan fizikal tersebut.
Oleh sebab itu, dia berusaha meneliti barang kemas serta cuba membuatnya di sekolah dan kolej sebelum mengikuti latihan di Hatton Garden, London.
Kini, Gabbedey diiktiraf sebagai pakar permata dan salah seorang tukang emas terbaik di Britain.
Koleksi barang kemas paling mahal yang pernah diciptanya berharga £25,000 (RM136,779). Ia diperbuat daripada emas 18 karat berserta batu permata dan kalung berlian.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: