Saturday, February 6, 2016

Bomba selamatkan lelaki kurang siuman




Bomba selamatkan lelaki kurang siuman
Mangsa berada di puncak pokok nangka setinggi hampir lapan meter.
JOHOR BAHRU - Tindakan seorang lelaki warga Nepal yang mahu terjun dari pokok nangka setinggi hampir lapan meter di Jalan Tani Larkin, di sini, berjaya dihalang anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Johor Bahru.
Komander Operasinya, Nazarudin Yusuf berkata, 13 anggotanya segera ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan jam 1.10 petang, kelmarin.
Menurutnya, sebaik tiba di lokasi kejadian, anggotanya mendapati seorang lelaki dipercayai kurang siuman berada di atas puncak pokok nangka.
“Lelaki berusia 20-an itu berjaya dipujuk untuk terjun di atas beg udara yang telah disediakan di bawah pokok nangka oleh anggota kita.
“Mangsa akhirnya berjaya diselamatkan tanpa sebarang kecederaan sebaik terjun di atas beg udara tersebut,” katanya.
Nazarudin berkata, anggotanya mengambil masa lebih sejam untuk menurunkan mangsa menggunakan teknik pancutan air.
“Anggota kita naik ke atas pokok dan mengikat tali di bawah mangsa. Tali tersebut ditarik ke arah kanan menggunakan sistem.
“Setelah pokok condong ke arah beg udara, anggota kita gunakan pancutan air ke arah mangsa lalu mangsa jatuh terus di atas beg udara disediakan,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: