Monday, February 1, 2016

Bapa Menangis Tonton Adegan Cium Hyeri




Hyeri
SEJAK popular menerusi drama Reply 1988 sebagai Sung Deok Sun, Hyeri menjadi perhatian media untuk ditemubual.

Terbaharu, menerusi wawancara Sports Joseon, aktres berusia 21 tahun itu berkata, bapanya antara peminat tegar dan tidak pernah terlepas menonton setiap drama yang dilakonkannya.

Bagaimanapun, bapa Hyeri tersinggung apabila melihat anaknya itu melakonkan adegan cium dengan aktor Park Bo-gum dalam Reply 1988.

"Bapa saya cukup senang dengan lakonan saya dalam Reply 1988 sehinggalah ketika dia menonton babak cium dengan Bo-gum, dia berasa tidak senang lantas menjerit memanggil nama Tuhan.

"Malah dia turut menangis gara-gara babak tersebut. Perkara itu membuatkan saya sangat malu untuk menghubunginya," katanya.

Selain terlibat dengan lakonan, Hyeri juga merupakan anggota kumpulan Girls Day.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: