Afiq atau nama sebenar, Muhamad Afiq Muiz Azman Shah, 24, berkata, dia mula intim dengan pelakon wanita itu ketika penggambaran drama episod Memori Cinta Surayayang ditayangkan di Astro tahun lalu.
"Saya tidak mahu orang benci dan tuduh saya penipu kerana sorok-sorok tentang hubungan kami. Orang ramai pun selalu nampak kami keluar bersama sambil pegang tangan, macam mana nak sorok lagi.
"Kami bercinta sejak penggambaran drama bersiri Memori Cinta Suraya tahun lalu, kira-kira lapan bulan lalu," ujarnya kepada mStar Online.
Dalam pada itu, Afiq berkata, dia menghormati keputusan wanita berkenaan untuk terus menafikan hubungan istimewa tersebut.
"Saya tidak kecil hati kalau dia ingin menafikan hubungan tersebut kerana saya tahu dia ada sebab tertentu untuk berbuat demikian.
"Dia perlu menjaga banyak hati dan keluarga. Maklumlah kami hanya bercinta sahaja tiada ikatan yang sah pun dan takut juga jika ianya putus di tengah jalan," ujarnya.
Tambah Afiq, buat masa ini, mereka belum mempunyai sebarang perancangan untuk mengikat hubungan tersebut pada fasa yang lebih serius.
Dia hanya menyerahkan perkara tersebut kepada takdir yang menentukan.
"Kami masih muda dan belum fikir untuk bertunang atau berkahwin lagi. Bagi saya proses hubungan ini belum lagi sampai ke tahap tersebut.
"Saya pun belum jumpa keluarga dia dan mengenali dengan lebih rapat, Insya-Allah kalau ada jodoh adalah...," ujarnya.
Dalam pada itu, ditanya tentang hubungan wanita tersebut dengan anak kepada seorang menteri Afiq berkata, hubungan itu hanya sekadar rakan kongsi.
Dia mengetahui perkara itu dan mempercayai wanita tersebut mempunyai urusan bisnes dengan lelaki berusia 32 tahun itu.
Bercerita tentang kerjaya lakonan, Afiq berkata, dia kini sedang berehat sebulan dan akan mula penggambaran drama Mr Bos untuk TV3 pada bulan Mac depan.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: