Wednesday, February 17, 2016

3 ular ‘tumpas’ dalam sehari



ular ‘tumpas’ dalam sehari
Anggota bomba menangkap ular tedung selar di kawasan rumah penduduk di Batu Kurau. Gambar kecil: Ular tedung selar yang ditangkap pasukan bomba.
KAMUNTING - Balai Bomba dan Penyelamat Kamunting menerima tiga panggilan kecemasan berhubung kehadiran ular berbisa di kawasan kediaman penduduk dalam tempoh sehari, Jumaat lalu.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kamunting, Mohd Taufiq Abd Sattar berkata, keadaan cuaca panas sejak akhir-akhir ini antara faktor kehadiran ular di kediaman dan premis bagi mencari tempat perlindungan baru.
Menurutnya, kejadian pertama melibatkan seekor ular daun di kedai Sukan Al-Ikhsan, Kamunting kira-kira jam 12 tengah hari.
"Kejadian kedua pula membabitkan ular jenis tedung selar sepanjang 3.3 meter yang memasuki sebuah rumah di Batu Kurau pada jam 1 petang.
"Seterusnya pada jam jam 5.30 petang, kami terima satu lagi panggilan kecemasan di Lembah Beriah," katanya.
Katanya, ular-ular ini kebiasaannya mula bergerak aktif bagi mencari tempat perlindungan baru terutama apabila berlakunya keadaan cuaca panas.
“Kebanyakan spesies ini akan mula mencari kawasan yang lebih sejuk untuk berteduh dan bersembunyi,” katanya.
Beliau berkata, orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berwaspada terutama yang melibatkan spesies ular yang berbisa.
“Orang ramai perlu segera menghubungi bomba untuk mengelak kejadian tidak diingini,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: