Tuesday, May 6, 2014

Lambakan produk pemutih beracun


ANTARA produk kecantikan termasuk pemutih wajah yang dijual secara terbuka di pasar dan bazar larut malam.


KUALA LUMPUR – Lambakan produk pemutih wajah yang mengandungi bahan beracun semakin berleluasa di pasaran berikutan permintaan tinggi daripada pengguna terutama golongan wanita yang taksub untuk kelihatan cantik dalam tempoh singkat.
Meskipun produk tersebut sekadar dijual di kaki lima atau pasar malam, namun pengguna tetap yakin menggunakannya tanpa memikirkan kesan jangka panjang.
Mereka seolah-olah tidak menghiraukan risiko penggunaannya secara berterusan kerana produk berkenaan mengandungi bahan aktif peluntur yang kuat seperti hidrokuinon dan raksa yang bersifat menghakis serta menipiskan kulit wajah.


No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: