PUTRAJAYA: Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 (ABPBH 2013) bakal diadakan pada 24 Mei ini selepas ditunda bagi menghormati tragedi menimpa pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 pada 8 Mac lalu.
Ia bakal diadakan di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini.
Pengumuman itu dibuat oleh Pengarang Kumpulan Berita Harian yang juga Penaung ABPBH 2013, Mahfar Ali dalam satu sidang media yang diadakan di PICC di sini pada Khamis.
Mahfar berkata, pemilihan PICC adalah bertepatan bagi mempamerkan imej 'classy' selain kedudukan strategiknya bersesuaian dengan temanya Magis Alam bagi acara itu.
"Arena of Stars (Genting Highlands) sedang diubah suai dan memang tidak boleh diadakan di sana.
"Bagaimanapun PICC adalah lokasi yang paling sesuai kerana ia bertaraf antarabangsa tambahan pula tema pakaian Black Tie," katanya.
ABPBH 2013 sepatutnya diadakan Arena of Stars, Genting Highlands pada 6 April lalu namun bagi menghormati kejadian menimpa MH370 semua program berbentuk hiburan di rangkaian Media Prima Berhad (MPB) dirombak dan digantikan dengan laporan khas, berita terkini selain pengisian rancangan berbentuk ilmiah.

ABPBH 2013 akan berlangsung pada pukul 9 malam dan bakal disiarkan di TV3 dan Hot FM.
Turut hadir pada sidang media itu Pengarang Bersekutu BH2 dan Hiburan BH, Hanizam Abdullah dan Pengarang HIP, BH juga merangkap Pengerusi Bersama Jawatankuasa Pengelola ABPBH 2013, Shamshul Azree Shamshir.
Hadir sama Fara Fauzana selaku hos pada malam itu. Fara akan bergandingan dengan Amy Mastura dan kumpulan Shiro.
Dalam pada itu, Hanizam berkata, beberapa segmen terpaksa dibatalkan bagi menghormati tragedi MH370 dan menggantikan dengan persembahan lebih sesuai.
Malah katanya, sebuah segmen khas akan diadakan bagi memperingati mangsa kejadian itu pada malam berkenaan.
"Beberapa persembahan terpaksa disusun semula kerana menghormati mangsa dan keluarga terlibat namun ia akan diganti dengan acara lebih sesuai," katanya.
Tambah Hanizam lagi antara nama baharu yang akan menjayakan malam kemuncak itu seperti Zizan Razak, Akim Ahmad, Altimet, Zila Bakarin dan Emma Maembong.
Manakala artis yang akan membuta persembahan pula antaranya Asmidar, Indah dan penyanyi dari Indonesia, Tegar.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: