Friday, May 9, 2014

Aliff Aziz: Lupakan kontroversi


  • Aliff AzizAliff Aziz

BILA sebut sahaja nama penyanyi Aliff Aziz, pasti ramai yang mengingatkan kontroversi yang mengaitkan dirinya berbanding karier seni.
Kisah-kisah peribadinya sebelum ini sering menjadi tumpuan umum dan tidak hairanlah mengapa kerjaya nyanyiannya seakan tenggelam.

Akui situasi yang berlaku, penyanyi berasal dari Singapura ini tidak mahu lagi memandang ke belakang malah nekad untuk berubah dan memberi fokus sepenuhnya terhadap pembikinan album terbarunya.

“Sekarang saya sibuk dengan pembikinan album ke empat dan bersyukur setakat ini semuanya berjalan dengan baik.

“Dalam album kali ini sebanyak lapan lagu akan dimuatkan dan sekarang cuma tinggal dua lagu lagi yang belum dirakamkan dan perancangan album ini siap sepenuhnya adalah selepas sambutan Aidilfitri akan datang,” jelasnya kepada Zass, kelmarin.

Berkongsi lebih lanjut mengenai buah tangan terbarunya itu, Aliff memberitahu, album terbarunya itu bakal menampilkan kelainan berbanding album yang terdahulu.

“Buat masa ini, tajuk album masih dalam perbincangan tapi secara keseluruhannya genre album ini boleh diklasifikasikan sebagai album pop rock yang disuntik dengan beberapa elemen yang lebih segar.

“Kali ini saya mahu lari dari konsep yang pernah saya bawakan sebelum ini dan apa yang lebih menarik mengenai album ini ia turut melibatkan nama-nama komposer yang hebat seperti Faizal Tahir, Panji Sakti, Awi Rafael dam Kuncidemak,” katanya.

Imej, pemikiran lebih matang

Selain menampilkan kelainan dari segi muzik, kemunculan album baharu ini juga bakal memperkenalkan imej terbaharunya.

“Album kali ini saya anggap sebagai sesuatu yang istimewa kerana ia bukan sahaja menampilkan kematangan dari segi muzik, tapi pemikiran dan juga semangat saya.

“Apa sahaja kontroversi yang pernah timbul sebelum ini,  saya tidak mahu ingat atau pandang lagi. Bermakna apabila album baru ini ditampilkan, bermakna ia juga bawa imej, semangat dan InsyaALLAH pemikiran saya yang lebih matang.

“Saya tidak kisah apa yang orang nak cakap tentang saya sebelum ini, cukuplah saya ambil ia sebagai satu iktibar. Tapi sebagai manusia biasa saya tidak akan lari daripada buat salah,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Aliff juga bakal melancarkan dua lagu duet Dan Lagi Cinta dan Tak Ada Cinta Sepertimu sempena lagu tema untuk filem Pengapit terbitan Grand Brilliant.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: