Peserta-peserta tersebut adalah Mohd Ismail Adnan, 24, Nurul Nurdalilah Abdul Kadir, 28, Raydwin Robin, 24, Nurul Hidayah Md Nawai, 26, Zaira Sri Zakaria, 27, Mohd Faris Izzat Shaharudin, 24, Khaviarsan A/L Muniandy, 24, Puteri Nur Alia Mohd Jasmin, 26, Mohd Zalfie Abd Jawad, 25, Sim Sui Yee, 25, Mohd Shahreyzam Awang, 26 dan peserta termuda Nurul Syuhaida Ariffin, 21.
Sepanjang tempoh latihan profesional selama tiga bulan di bawah tenaga pengajar undangan khas, peserta akan mempelajari etika kewartawanan, teknik berhadapan dengan kamera, penyampaian berita, pengacaraan serta latihan dalam melaporkan berita dari lokasi secara langsung.
"Finalis akan mempelajari cara penggunaan peralatan penerbitan di samping menjalani latihan vokal, pembacaan skrip serta penghayatan dan pemahaman, sebelum didedahkan dengan dunia glamor.
"Sepanjang sesi latihan, peserta turut berpeluang menemui tokoh terkemuka negara, selain ditugaskan bersama enam agensi kerajaan iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Imigresen, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBDPM), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)," kata RTM menerusi kenyataan kepada mStar Online.
Dalam pada itu, finalis perlu membuat laporan sebenar daripada acara yang berlangsung seperti perlumbaan udara ekstrim di Putrajaya, di samping tugasan tidak dirancang dengan kerjasama bilik berita TV.
Laporan terbaik dan mempunyai nilai berita akan disiarkan dalam siaran berita sebagai pendedahan awal.
Menariknya program ini tidak akan menggunakan medium undian menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS), sebaliknya peserta dinilai berdasarkan penjurian profesional.
Setiap minggu mereka akan berhadapan dengan juri dan seorang peserta akan disingkirkan setiap minggu.
Hadiah keseluruhan yang ditawarkan bernilai RM205,000 termasuk sebuah kereta.
Program tersebut disiarkan pada setiap Sabtu bermula 3 Mei 2014 pada pukul 9 malam di TV2.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: