KUALA KRAI – Walaupun usianya sudah menjangkau 82 tahun, seorang warga
emas dari Kampung Pasir Kelang dekat sini, masih lagi mampu melakukan
pekerjaannya sebagai bidan.
Mek Esah Mat Hassan atau lebih dikenali sebagai Mak Da berkata, berikutan faktor usianya yang lanjut ditambah dengan tahap kesihatannya yang makin merosot, anak-anaknya sering menasihatkan supaya berehat.
Bagaimanapun, dia enggan berbuat demikian kerana pekerjaan itu sudah dilakukannya lebih 60 tahun lalu malah ia sudah sebati dengan kehidupannya.
“Mak Da berurut orang bersalin dan menyambut kelahiran sejak muda lagi, ketika usia awal 20-an. Anak-anak selalu nasihatkan supaya berhenti, tapi setiap kali orang kampung datang minta tolong urutkan isteri atau ahli keluarga bersalin, Mak Da tak mampu menolak.
“Mak Da akan terus mengurut selagi termampu, walaupun anak-anak melarang,” katanya.
Menurutnya, sebelum anak-anak menasihatinya agar berehat, dia pernah terfikir untuk melakukan perkara serupa, tetapi sukar untuk menolak permintaan orang ramai yang kebanyakannya sudah turun temurun menggunakan khidmatnya.
Ada dalam kalangan penduduk menggunakan khidmatnya sejak tiga generasi iaitu dari ibu, anak dan cucu.
“Kebanyakan yang menggunakan khidmat urutan Mak Da adalah orang yang sama dan mempunyai pertalian darah dengan penduduk setempat.
“Mereka (wanita lepas bersalin) merasa selesa selepas berurut, sebab itu mereka akan terus mencari Mak Da walaupun di zaman moden banyak kaedah urutan lain.
“Kebiasaannya orang kampung datang ambil dan hantar Mak Da setiap kali memerlukan perkhidmatan berurut ini,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di kediamannya pagi semalam.
Kebolehan dan pengalaman yang dimiliki Mak Da juga menyebabkan dia bukan sahaja dikenali sekitar tempat tinggalnya, tetapi kerap dibawa ke Johor, Kuala Lumpur untuk berurut wanita dalam pantang.
Menyingkap sejarah awal menceburkan diri dalam bidang urutan dan sebagai bidan kampung, Mak Da berkata, arwah neneknya seorang bidan dan tukang urut.
Bagaimanapun, kemahiran berbidan dan berurut tidak pernah dipelajari daripada sesiapa pun termasuk arwah neneknya.
Ketika ditanya tentang jumlah kelahiran yang disambutnya sejak bergelar bidan kampung, Mak Da berkata, dia pernah sambut lebih 1,000 bayi.
“Mak Da anggarkan lebih 1,000 kelahiran disambut dalam tempoh lebih 60 tahun, adakalanya tiga kelahiran dalam tempoh sehari,” katanya.
Menyentuh aspek kesihatan, wanita berpengalaman itu mencadangkan wanita baru bersalin menjaga bahagian peranakan masing-masing bagi mengelak perut buncit akibat dimasuki angin.
Wanita berpengalaman itu sempat menitipkan petua kepada orang ramai supaya memulakan urutan pada bahagian perut sebelum beralih ke bahagian badan lain.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: