Friday, September 6, 2013
Robot pertama ke ISS hantar pesanan sulung ke bumi
TOKYO - Sebuah robot angkasawan kecil pertama yang boleh bercakap telah mengucapkan beberapa ayat robotik di angkasa semalam.
Kejayaan itu menunjukkan usaha Jepun untuk menggabungkan teknologi canggih dengan unsur kecomelan.
Android yang dikenali sebagai Kirobo itu menghantar satu pesanan dari dalam Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) dengan menyapa para penduduk bumi dan memberi penghormatan kepada legenda angkasawan dunia, Neil Armstrong.
"Pada 21 Ogos 2013, sebuah robot telah mengambil satu langkah ke arah masa depan yang lebih cerah untuk semua," kata Kirobo yang bersaiz seperti anjing chihuahua itu dalam satu rakaman video yang menunjukkan android tersebut terapung-apung di ISS.
"Selamat pagi kepada semua orang di bumi. Ini Kirobo. Saya merupakan robot astronaut pertama yang mampu bercakap. Saya gembira dapat bertemu dengan anda," katanya dalam bahasa Jepun.
Penampilan pertama rakaman imej robot itu telah dilakukan pada Rabu lalu sebagai sebahagian daripada usaha Tokyo membida untuk menjadi tuan rumah Sukan Olimpik 2020.
Robot setinggi 34 sentimeter dengan berat sekitar satu kilogram itu jauh lebih kecil berbanding kebanyakan robot yang pernah dihantar ke angkasa lepas.
Kirobo dibangunkan hasil kerjasama Universiti Tokyo, Toyota dan Dentsu Inc.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: