Friday, September 6, 2013
Derma rambut untuk kebajikan
CARACAS - Lantaran bimbang diganggu pencuri rambut, sebahagian penduduk di Venezuela telah mengambil langkah terbaik dengan menderma rambut mereka untuk tabung kebajikan kanak-kanak yang menghidap barah.
Acara yang julung-julung kali diadakan sempena Hari Menderma Rambut Kebangsaan itu berlangsung di sebuah salon rambut di Caracas dengan diketuai oleh pendandan rambut terkenal, Ivo Contreras.
Contreras merupakan seorang pendandan rambut Ratu Cantik Venezuela dan pembuat rambut palsu untuk kanak-kanak yang menghidap barah di sini.
Seorang penderma, Vanessa Castillo mula menitiskan air mata apabila rambutnya yang cantik digunting untuk aktiviti kebajikan tersebut.
"Lebih baik memberi rambut ini kepada kanak-kanak yang menghidap barah daripada dicuri oleh pencuri rambut atau dikenali sebagai piranas," katanya teresak-esak.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: