PASIR MAS - Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd
Zin tidak menolak kemungkinan Sumbangan Veteran Angkatan Tentera
Malaysia (ATM) Tidak Berpencen 1Malaysia diteruskan jika ekonomi dan
politik negara kekal stabil.
Zulkifeli berkata, beliau akan membawa perkara itu kepada kerajaan untuk dinilai agar sumbangan berkenaan diberi setiap tahun sebagai penghargaan kepada warga bekas tentera berkenaan.
"Saya yakin kerajaan mampu melaksanakannya setiap tahun sekiranya kedudukan ekonomi kukuh dan kekuatan kerajaan yang memerintah terus stabil," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Beliau ditemui selepas penyampaian sumbangan itu kepada 927 bekas tentera tidak berpencen dari kawasan Pasir Mas, Tumpat dan Rantau Panjang.
Zulkifeli berkata, kira-kira 100,000 bekas tentera tidak berpencen telah mendaftar bagi mendapatkan sumbangan itu dan berharap lebih ramai lagi tampil berbuat demikian.
"Dari 240,000 bekas tentera yang bersara sejak 1933, hanya kira-kira 100,000 sahaja yang mendaftar setakat ini," katanya.
Mengenai pengambilan anggota baharu, beliau berkata kira-kira 1,600 orang diambil pada setiap pengambilan iaitu 1,300 lelaki dan 300 wanita.
"Kita menerima kira-kira 40,000 permohonan untuk setiap pengambilan tetapi setelah dinilai dari segi kelayakan, kira-kira 1,600 sahaja diambil bagi menampung bilangan anggota dan pegawai yang bersara," katanya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: