Catriona atau nama sebenarnya Catriona Norhayati Ross Bahrin Ross, 33, berkata, pesanan itu dibuat kerana ibunya, Siti Zawiyah Ab Rahman, 63, mahu dua anak Catriona iaitu Sephia Rani Ross’iddin, 3, dan Jammal Raess Ross’iddin yang baru berusia enam bulan dapat mendoakan ibu bapa selepas mereka meninggal dunia.
"Ibu tidak bersikap pelik cuma saya sering terkenangkan kata-katanya supaya menghantar anak-anak saya ke kelas agama supaya mereka nanti boleh mendoakan saya apabila saya meninggal dunia kelak.
"Kami menghabiskan masa bersama seperti biasa semasa saya pulang ke Kota Baharu (Kelantan) dua minggu lalu. Saya tidak menyangka ia adalah pertemuan kami yang terakhir," katanya ketika dihubungi mStar Online, petang Rabu.
Dua lagi mangsa yang terbunuh dalam kejadian pada kira-kira 1 pagi itu ialah Sitah Abdullah, 53, dan Norini Abdul Ghani, 43.
Ketiga-tiga mangsa mati di tempat kejadian manakala pemandu kereta itu, Mustapa Che Su, 54, cedera parah dan dirawat di Hospital Taiping.
Kesemua 29 penumpang bas tidak cedera.
Dalam pada itu, Catriona memberitahu, ibu dan tiga rakannya itu sedang dalam perjalanan ke Kedah kerana mempunyai urusan sebelum terlibat dalam kemalangan tersebut.
"Arwah telah selamat dikebumikan di sebuah tanah perkuburan berdekatan dengan rumahnya selepas solat Maghrib (pada Rabu)," katanya.
Sementara itu, Catriona mengakui pada mulanya dia sukar menerima berita tersebut namun reda dengan kehilangan orang tersayang.
"Saya pada mulanya tidak percaya dan menganggap berita yang disampaikan hanya diperbesar-besarkan.
"Namun apabila tiba di hospital barulah saya sedar bahawa ibu benar-benar telah tiada dan wajahnya cukup tenang. Saya akan sentiasa merinduinya selepas ini," jelasnya.
Tambah Cat, dia juga bersyukur keadaan fizikal ibunya juga tidak teruk cuma mengalami lebam pada bahagian telinga dan leher.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: