Kebanyakan rawatan di spa hari ini banyak tertumpu kepada wanita sahaja. Namun berlainan pula dengan Farisa Spa Buluh Perindu.
Menyedari tempat yang disediakan untuk golongan lelaki melakukan rawatan adalah terhad, pemiliknya Yom Rafidah Sharip, 43, mengambil langkah menawarkan khidmat untuk lelaki di spanya.
"Kebanyakan lelaki juga ingin membuat rawatan seperti urutan dan sebagainya tetapi mereka tidak mempunyai tempat yang khusus untuk dituju.
"Pelanggan yang berkunjung ke sini tidak perlu risau kerana kami mempunyai pekerja lelaki dan perempuan yang akan membuat rawatan kepada mereka," katanya.
Katanya, setiap rawatan lelaki hanya akan dirawat oleh pekerja lelaki sahaja dengan tempat sesuai yang disediakan dan begitu juga dengan wanita.
"Tetapi bukan semua pakej untuk wanita ditawarkan kepada lelaki. Ia juga bergantung kepada permintaan daripada pelanggan,' katanya.
Ujar Yom Rafidah, antara rawatan yang ditawarkan di spanya adalah urutan tradisional, rawatan badan dan rawatan bekam.
"Bagi rawatan urutan merangkumi urutan badan tradisional, urutan elektronik, urutan bahu, refleksologi dan rendaman kaki.
"Bagi rawatan badan pula terdiri dari sauna Aromaterapi, sauna rempah, sauna biasa, lulur, mandi rempah serta mandi susu dan bunga.
"Terdapat dua rawatan bekam iaitu bekam angin dan bekam darah yang dapat mencegah dan merawat 72 jenis penyakit secara berkesan.
"Bekam kering atau bekam angin bertujuan menghisap permukaan kulit tanpa mengeluarkan darah toksik. ia dilakukan untuk mereka yang tidak tahan dengan suntikan jarum atau takut melihat darah.
'Mengikut kaedah tradisional, kulit yang dibekam akan kelihatan merah kehitaman dan hilang selepas kira-kira tiga hari.
"Sementara bekam basah dilakukan dengan melukakan permukaan kulit menggunakan jarum tajam. Darah toksik dikeluarkan menggunakan alat berbekam.
'Proses mengeluarkan darah adalah antara 4 hingga 5 minit. Darah toksik dikenal pasti berdasarkan warna merah pekat dan berbuih," katanya.
Jelasnya, bekam paling baik dilakukan ketika pertengahan bulan kerana ketika ini darah toksik sedang berhimpun.
"Bagaimanapun berbekam boleh dilakukan bila-bila masa untuk tujuan mengubati penyakit. Mereka yang hendak berbekam selalunya dinasihat tidak memakan makanan berat antara dua hingga tiga jam sebelum berbekam dan lebih baik berpuasa," katanya.
Katanya antara kelebihan melakukan bekam adalah membantu menghilangkan pening dan migrain, membuang angin dalam badan, melegakan pernafasan dan sistem perkumuhan, mengeluarkan darah toksik dan melancarkan perdedaran darah yang tersumbat.
Beliau berkata, harga bagi rawatan di sini adalah serendah RM 15 hingga mencecah RM 300 untuk pakej kahwin.
"Bagi pakej kahwin termasuk sauna aromaterapi, lulur dan scrub, mandi bunga dan susu, rawatan muka, rawatan pemutihan dan percuma satu rawatan mata.
"Harga bagi bekam angin dengan menggunakan 14 pot adalah RM15. Manakala bekam darah dengan 1 pot berharga RM20.
"Untuk harga bekam darah pakej satu badan pula berharga RM 260 termasuk percuma urutan badan atau terapi," katanya.
Ujarnya lagi, selain spa ini beroperasi di No 8, jalan Dwitasik 1, Dataran Dwitasik, Bandar Tasik Permaisuri, Cheras, mereka juga menyediakan khidmat rawatan di Down town Cheras serta Uptown Danau Kota.
"Waktu operasi di spa bermula jam 10.30 pagi hingga 9 malam, sementara di kedua -dua tempat tersebut dari pukul 9 malam hingga 4 pagi.
"Rawatan urutan, bekam dan refleksologi ada disediakan di kedua-dua tempat tersebut, tetapi harga yang ditawarkan adalah berbeza," katanya.
Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan boleh hubungi 012-3102455/012-6499650 atau lawati laman web www.farisabuluhperindu.com.my.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: